Kredit foto: Al-jazeera Wabak Covid-19 di Malaysia semakin meruncing. Hari demi hari, jumlah pesakit positif dan angka kematian bertambah tinggi. Ketika pihak Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) berhempas-pulas melawan wabak ini, masih ada netizen mempertikaikan usaha mereka. Ada yang mengkritik usaha Malaysia dan membandingkan dengan negara barat lain dalam usaha mengawal Covid-19. Kredit foto: Twitter Ketika netizen kita mengkritik negara sendiri, seorang doktor pakar, Jason Hassenstab dari Amerika Syarikat beranggapan sebaliknya.
Dia memuji usaha negara kita dalam melawan wabak ini dan menulis panjang lebar di laman Twitternya tentang pengalaman bercuti di Malaysia, baru-baru ini. Beliau sangat kagum kerana di merata-rata tempat di Malaysia, langkah membendung Covid-19 begitu giat dijalankan. Misalnya, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dapat dilihat pegawai keselamatan kita menekankan kepentingan jarak sosial (social distancing) dan melekatkan pita pelekat di selang setiap satu kerusi agar orang awam boleh menjaga jarak masing-masing ketika duduk. Jason Hassenstab mengatakan, semua pekerja lapangan terbang turut memakai topeng muka dan cecair pembasmi kuman sentiasa ada di setiap kaunter dan mesin tunai. Jason Hassenstab sempat membandingkan situasi berkenaan dengan sebuah pusat penerbangan paling sibuk di dunia di Atlanta. Berbeza dengan Lapangan Terbang di Malaysia, mereka tidak menekankan aspek penggunaan sanitiser tangan apalagi melaksanakan jarak sosial di antara satu sama lain. Cecair pembasmi kuman cuma boleh didapati di tandas. Malah, lebanyakan kedai masih lagi dibuka seperti biasa dan orang ramai berkelakuan seperti dunia tidak berdepan ancaman pandemik. "Kami terbang dari Tokyo. Ada penumpang yang menunjukkan simptom demam dan muntah tapi dia cuma memakai topeng muka selepas meminta pertolongan daripada petugas kesihatan. Penumpang lain yang baru turun daripada penerbangan ini, 99 peratus diberi pelepasan tanpa sebarang pemeriksaan terperinci kecuali kami kerana baru pulang dari Malaysia," tulisnya. Kredit foto: Twitter neuroplebeian Jason mengakhiri penulisan beliau dengan mengatakan bahawa perkara ini adalah sangat serius dan ramai orang akan mati kecuali langkah berkesan diambil untuk membendungnya. Belia menggesa kerajaan negaranya yang patut menjadikan usaha keras Malaysia sebagai contoh dalam menghadapi Covid-19. - CARI
|
LadyCarefree replied at 25-3-2020 10:52 AM
Baca sini baru tahu betapa besarnya pengorbanan dan risiko mereka ambil. Jangan ckap sebab kerja sba ...
LautBiru52 replied at 25-3-2020 11:21 AM
Ye kaka. Netizen tau komplen je. Serba tak kena
LadyCarefree replied at 25-3-2020 10:52 AM
Baca sini baru tahu betapa besarnya pengorbanan dan risiko mereka ambil. Jangan ckap sebab kerja sba ...
nazzse replied at 25-3-2020 11:56 AM
Netizen yg tahu complaint je sangatlah bongok & bangang. Tak sekolah mungkin.
Harini tgok IGP be ...
fliphair8 replied at 25-3-2020 11:36 AM
Netizen tu sah2 ler penganut komunis, liberal or bebudak twitter yg acah bijak walhal phone pun ma ...
evlinne replied at 25-3-2020 10:48 AM
Sedihnya masuk group ni
Nmpk dorang sume penat dah dlm battle ni
miraclehopes: Nape ngan dr say chuuols quit jadi doctor ke camne tu?
nur123 replied at 25-3-2020 05:47 PM
Dr say quit Dari hospital kerajaan je
nazzse replied at 25-3-2020 11:56 AM
Netizen yg tahu complaint je sangatlah bongok & bangang. Tak sekolah mungkin.
Harini tgok IGP be ...
rosli_nurizzati replied at 26-3-2020 06:24 AM
how is your uncle now? ada improvement tak? semoga baik2 semua
nazzse replied at 26-3-2020 02:29 PM
Semalam dah boleh bernafas sendiri & keluar drp icu, lepas 13 hari..alhamdulillah.
ADVERTISEMENT