CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Niat Dah Betul, Cara Tak Betul - Pengasas Produk Dikecam Agih Bantuan Tampil Beri Penjelasan

26-3-2020 01:15 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4267| Komen: 17


Lebih 100 orang dilihat berhimpun di hadapan sebuah premis yang dipercayai ada membuat agihan barangan keperluan makanan oleh sebuah syarikat kosmetik di Jalan Dato Keramat, Tumpat, Kelantan.

Ini berikutan  tindakan seorang individu yang dipercayai pengusaha syarikat kosmetik mengagihkan barangan keperluan harian di situ.

Loading FB Post...

Kredit foto: Ihsan Pembaca Facebook


Situasi itu jelas mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlangsung dan ini memaksa pihak berkuasa menyuraikan perhimpunan itu.

Kredit foto: Ihsan Pembaca Facebook

Ketua Polis daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata  inisiatif mana-mana individu untuk membantu golongan memerlukan dengan mengagihkan barangan asas dalam tempoh PKP ini dialukan namun perlu dibuat mengikut saluran yang betul.

Kredit foto: Ihsan Pembaca Facebook

"Terdapat wakil pemimpin di setiap daerah yang boleh dijadikan wakil untuk penyerahan itu sekaligus orang ramai patuh akan PKP. Pengagihan barangan boleh dibuat dengan cara yang betul," katanya menurut laporan Harian Metro.

Warga maya turut bersimpati dengan penduduk kawasan tersebut yang berkemungkinan telah terputus bekalan makanan tetapi menyelar kaedah pengasas produk memberi sumbangan.


Kredit foto: Facebook Harian Metro

Namun, ada komen menyatakan bahawa pengasas produk berkenaan telah mengikut prosedur ditetapkan namun keadaan menjadi tidak terkawal usai pengagihan sumbangan bermula sehingga terpaksa meminta pertolongan pihak berkuasa menyuraikan perhimpunan itu.

Kredit foto: Facebook Harian Metro

Pengasas produk turut menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku menerusi F@cebook beliau.





Kredit foto : Facebook Farhana Zahra

Pengagihan sumbangan terpaksa dihentikan kerana keadaan telah bertukar menjadi perhimpunan. Sedangkan pada peringkat awal hebahan sumbangan, Farhana meminta bakal penerima datang mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Namun, keadaan menjadi tidak terkawal di mana orang ramai tidak mengikut peraturan sehingga Farhana terpaksa memberhentikan agihan tersebut. Pihak berkuasa terpaksa menyuraikan keadaan.

Teringat pula warga Jepun yang kekal berdisiplin beratur dengan baik semasa mendapatkan stok makanan dan keperluan ketika bencana tsunami melanda dulu.- CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 26-3-2020 01:24 PM
Hukalohhh...
Quote syakuntala 26-3-2020 01:31 PM
oyk la gapo pom, mmg x dengar doh ms tu gak
Quote damsel_fiji 26-3-2020 01:32 PM
ntah2 sengaja ..mmg nak jadik camtu pon..so blehla viral..natahla dek mmg x bleh husnozon dgn tokey2 kosmetik nih
Quote sarah82 26-3-2020 01:36 PM
makneng replied at 26-3-2020 05:24 PM
Hukalohhh...

Makneng.. Hari tu bukan kwn mak neng nak pinjam duit beli makanan utk anak dia kan? Maaf kalau silap. Kalau betul  boleh tak makneng bagi no acc kwn tu
Quote Skuau 26-3-2020 01:57 PM
patut nya bila kita nk tolong bior kita yg pi...kalo panggil..mesti depa mai ramai2.
Quote Cassieopeia 26-3-2020 02:04 PM
Skuau: patut nya bila kita nk tolong bior kita yg pi...kalo panggil..mesti depa mai ramai2.

aah betul jgk tukan.kalau diorg yg dtg gini la jadi
Quote Kurex 26-3-2020 03:08 PM
SSKJP...........
Quote Megikari 26-3-2020 03:21 PM
Sebab tu sebaiknya bagi kat ketua kampung je, biar dia yg agihkan kepada family yg betul2 layak. Cuma kalau buat camtu tak glemer la si pemberi bantuan ni, takde la orang nak viralkan dia nanti
Quote Artemesiaa 26-3-2020 03:22 PM
Skuau replied at 26-3-2020 01:57 PM
patut nya bila kita nk tolong bior kita yg pi...kalo panggil..mesti depa mai ramai2.

Betul tu kalau betul nak bantu sendiri yang pergi agihkan bukan panggil cara macam tu mana tak bakal mengundang bahaya
Quote Leonclay 26-3-2020 03:28 PM
Klu dh announce kt fb tu mmg la sape2 yg x dikenali akan dtg..better pergi je ke kg2..bg kt ketua kg atau ajak ketua kg sama2 buat agihan terus ke rumah
Quote hyie 26-3-2020 03:58 PM
entahlah tapi iols rimas sikit dengan geng2 TLC ni sebab pernah ada pengalaman...kena tapis dulu
Quote Catpaw 26-3-2020 04:47 PM
Hantar dari rumah ke rumah le, letak kat pintu pagar panggil tuan rumah tu
Quote gorjeous 26-3-2020 05:21 PM
Bantuan jadi Bahana...
Quote elzy 26-3-2020 08:31 PM
Kalau ikhlas terus hantar bantuan ke tempat yang memerlukan bukan macam jualan happy hour.
Quote Cumikucingku 26-3-2020 08:42 PM
Serabut nya bila terbaca kesah mcm ni....
Quote BoongaKertas 26-3-2020 09:42 PM
Siapakah founder ini? First time dgr.
Quote LemangGoreng 30-3-2020 12:32 PM
tula kan, pd aku kalo nk bg, kene saluran die xpn kene pegi dari rumah ke rumah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.054652 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top