Tatkala semua pihak sedang berasa gusar dengan wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh negara, ada pula pihak yang mengambil kesempatan dengan mengaitkan produk mereka yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit tersebut.
Hal tersebut didedahkan oleh pakar jantung Dr Beni Isman Rusani di media sosial yang menunjukkan screenshot penjual wanita yang mendakwa produk yang dijualnya mampu menyembuhkan pesakit Covid 19. Kononnya dalam masa lapan hari sahaja mengambil produknya itu, pesakit sudah pun sembuh daripada penyakit yang masih tiada vaksin itu. “Alhamdulillah, dah ada dua orang yang positif Covid-19 sembuh selepas minum Noir pure white selama lapan hari.
“Pure white tinggi dengan vitamin C semulajadi, dari buah camu-camu terkandung di dalamnya,” dakwa wanita itu. Dr Beni turut menyifatkan dakwaan wanita itu sebagai tidak bertanggungjawab selain kesal dengan apa yang dilakukan penjual itu. Dalam pada itu, ramai yang terkejut dengan pendedahan itu dan berharap penjual itu dilaporkan kepada pihak berwajib. - CARI
|
ADVERTISEMENT