CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

75 Tabligh Dari Johor Belum 'Serah Diri', Polis Nak Cari Sampai Lubang Cacing

24-3-2020 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2026| Komen: 10

Masih terdapat 75 individu lagi dari Johor yang dipercayai menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling yang masih belum 'menyerah diri' untuk pemeriksaan kesihatan.

Itu yang dikatakan oleh Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay yang menjelaskan jumlah tersebut turut melibatkan 29 orang warga Bangladesh, 10 Rohingya dan lapan Thailand.

Katanya lagi, itu merupakan sebahagian daripada 1,450 daripada jemaah tabligh dari Johor yang datang berhimpun pada program tersebut, Bernama melaporkan.

Kredit foto: Projekmm/ Bernama

"Daripada jumlah tersebut (1,450 orang), 1,375 telah dikesan serta menjalani saringan kesihatan dengan 1,346 orang didapati negatif manakala 29 positif, satu maut dan satu kritikal,” katanya.


Susulan itu, pihak polis menyru mereka yang belum berbuat demikian agar segera melakukan pemeriksaan saringan kesihatan di klinik dan hospital berdekatan secepatnya.

“Saya nak tegaskan bahawa kita akan cari mereka ini sampai ke lubang cacing. Jadi sekarang, eloklah mereka serah diri, buat saringan kesihatan,” katanya lagi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aerhys 24-3-2020 03:10 PM
PATI yg tak ada dokumen sah kah sampai kena menyorok ni? Dah dapat tangkap deport terus ke negara asal mereka. Tak diberikan rawatan nanti dikatakan kejam pula. Kesian pegawai polis dan KKM kena deal dgn puak2 selfish dan degil ni.
Quote Kurex 24-3-2020 03:12 PM
Tembak je boleh tak??
Dulu pakcik dgn sepupu iols pernah masuk tabligh lepas tu keluar sebab dorang kata mana ada macam mengarut.. Lepas dah keluar terus bergaya. Kalau tak dulu selekeh je. Tetap jua solar dan buat ibadah sebab dah wajib kan..

Entah la, kenapa tabligh kena pakai baju kepam, busuk dan kotor? Nak tunjuk zuhud ke????
Quote hyie 24-3-2020 03:15 PM
reveal je nama2 diorang. beserta alamat rumah. PAstu suruh jiran2 atau sedara mara diorang buat report kat MKN.
Quote I.am.PH 24-3-2020 03:16 PM
Ish, polis dan KKM ini masih tak faham-faham lagi lah. Menurut pesanan Whatsapp, FB dan sosial media dari kumpulan tabligh, angka yang ada pada polis dan KKM ini salah! Jumlahnya sikit sahaja sebenarnya dan tahap kepatuhan mencapai 95%. Dalam pesanan itu juga menceritakan ini adalah rahmat Allah kepada kumpulan tabligh! Kalaulah kena pada kumpulan konsert atau kelab malam, lagi malapetaka. Oleh itu, menurut kumpulan tabligh, polis dan KKM buat kerja sia-sia sahaja dan melawan rahmat Allah!



NASIB BAIK PANDEMIK COVID DI MALAYSIA NI TERCETUS DARI CLUSTER TABLIGH.

Seorang Doktor yang bukan dari Jamaah Tabligh dan bekerja keras dengan penuh kepenatan dari Pusat Kuarantin Covid 19 menceritakan...

Cerita

Saya nak cakap sedikit pasal Jemaah Tabligh.

Umum tahu, kluster paling banyak pesakit COVID19 termasuk yang meninggal dunia adalah dari gerakan dakwah yang satu ini.

Tapi sedarkah kita, adalah rahmat Allah untuk kita, wabak ini bermula dari kelompok mereka.

Kita tahu pandemik ini tidak dapat dihalang. Cuma dapat dibendung.

Meskipun ada beberapa individu yang degil, tapi majoriti dari mereka patuh dan taat. Ini kerana mereka adalah orang orang baik atau sedang dalam proses menjadi baik.

Ciri mereka yang suka berpakaian jubah/kurta beserban/kopiah, berjanggut, dan konsisten terhadap hal tersebut membuatkan mereka mudah dikesan dan dikenal pasti.

Mereka tak ada organisasi khusus tapi setiap perwakilan mengikut kawasan sewaktu ijtimak ada Penanggungjawab atau Amir yang tahu siapa siapa sahaja yang ada.

Siapa pernah pergi Masjid Sri Petaling akan tahu majoriti dari jemaah terutama sewaktu ijtimak adalah yang memang dah terlibat dengan gerakan tersebut.

Selain dari susah nak parking, waktu solat mereka dimulakan juga lambat sedikit kerana nak tunggu sebahagian besar jemaah bersiap wuduk dan sebagainya. Ya lah, kalau mereka buat ziarah pun majoriti buat buat tak ada di rumah, inikan pula nak datang saja saja kesana.

Gerakan mereka tidak sukakan konfrontasi, kalau ada surau/masjid yang tidak membenarkan mereka melakukan aktiviti, mereka akan mengalah.

Sebab itu kita tidak mendengar pengikut mereka bahkan yang tidak mahu mengikut saranan/himbauan KKM melawan menggunakan kekerasan.

Mereka sangat disiplin bab solat di surau dan masjid, tetapi yang degil solat jemaah setelah larangan bukan dari kelompok mereka pun.

Padahal aktiviti di masjid dan surau adalah "Bread & Butter" gerakan mereka kot (sepatutnya semua orang Islam juga).

Bayangkan jika Allah jadikan jalan masuk COVID19 ini di sebuah Konsert besar, didalam sebuah Kelab Malam. Dan itu sangatlah mungkin, bukan..? Bagaimana kita nak kesan mereka..?

Dengan stigma yang ada, kalau disuruh hadir untuk "screening" berapa peratus sahaja yang mungkin muncul...? Yang terlibat pun tak terlihat dari luar karakter mereka.

Kalau kita kesan dan datang ke rumah rumah mereka, tak boleh bayang berapa ramai yang akan melawan atas dasar tak ada undang undang.

Dan kalau kita amati, perhimpunan besar selepas COVID19 kecoh bukan hanya di Masjid Sri Petaling sahaja.

Jadi sekali lagi, musibah yang terjadi kepada kelompok mereka adalah juga rahmah disebalik musibah untuk kita semua.

Things could've be far worse.

Be objective..
Kita hanya nak mereka tampil sebab itu punca awal gelombang pertama dan seterusnya.

Supaya mudah kerja kita nak mengenal pasti penyebaran dan seterusnya membendungnya. Itu sahaja.

Usah disentuh kerja dakwah mereka.

Usah dihentam seolah olah tidak ada kebaikan langsung pada diri mereka.

Usahlah 'generalise'kan gerakan mereka hanya kerana kekeliruan sebahagian kecil dari mereka.

Buat ahli Jemaah Tabligh yang sedang diuji, semoga diberikan kesembuhan sempurna.

Masukkan kami semua, rakyat Malaysia dalam Doa doa kalian, okay?

Semoga Allah mengampuni kita semua.

Doktor
Bukan Jemaah Tabligh.

Credit Abu Khaleef


Quote nazzse 24-3-2020 03:34 PM
Serabut dengan manusia yg masih main politik masa ni
Quote munchkin 24-3-2020 03:35 PM
Hantar je balik jangan menyemakkan di malaysia
Quote Kurex 24-3-2020 04:09 PM
I.am.PH: Ish, polis dan KKM ini masih tak faham-faham lagi lah. Menurut pesanan Whatsapp, FB dan sosial media dari kumpulan tabligh, angka yang ada pada polis  ...


Woi!!!! @I.am.PH ! Kau Tu bukan Islam.kau saje guna Nama Allah konon nak tunjuk melayu Islam nampak kau macam boleh terima Islam Kan padahal kau anti sgt dgn agama ni !!! Bodoh pinta leluhur parasit hanat
Quote Tinot7 24-3-2020 04:17 PM
ayam ph ni memekak je..

Quote lurve82 24-3-2020 04:19 PM
walaupun aku xbrape suka dgn tabligh..tp plg xsuka dgn ayam ph ni...
Quote I.am.PH 24-3-2020 04:43 PM
lurve82 replied at 24-3-2020 08:19 AM
walaupun aku xbrape suka dgn tabligh..tp plg xsuka dgn ayam ph ni...

Saya ucapkan terima kasih kerana sudi menjadikan saya sebahagian kecil daripada hidup saudari. Saya doakan yang baik-baik buat saudari dan keluarga

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.202317 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top