CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kunyit, Halia Dan Lengkuas Pun Tak Tahu Beza. Buat Malu Ja Cik Abang Oii!

23-3-2020 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9766| Komen: 55

Ternyata arahan yang hanya membenarkan ketua keluarga untuk keluar membeli barangan keperluan termasuklah barangan mentah membuatkan sesetengah pihak pening kepala.

Kaum lelaki terutamanya dikatakan tidak mengenali pelbagai jenis sayur-sayuran dan ikan. Sudah pasti kebiasaannya hanya si isteri yang membeli barangan di pasar sebelum ini.

Kredit foto: Twitter


Hal ini menjadi perbincangan di media sosial, malah ramai yang membuat troll berkenaan isu ini.

Namun, tidak mahu mengeruhkan keadaan, Jabatan Penerangan Sabah menerusi media sosialnya memberikan panduan kepada kaum lelaki ketika membeli barangan asas dapur.


"Kami memahami kerunsingan anda.

"Kaum isteri, kongsikan gambar ini kepada suami tersayang sebagai rujukan," tulis agensi dalam satu hantaran berserta satu infografik.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang mengecam perkongsian tersebut kerana ia seolah-olah memperkecilkan kaum lelaki.

"Takkanlah sampai limau dan garam pun tak kenal.

"Seksa dapat suami bebal."

Antara senarai barangan yang dimasukkan dalam infografik tersebut ialah halia, lengkuas, limau dan garam.

Apa pula pendapat anda? - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 23-3-2020 05:02 PM
Kesian. Google kan ada. Pi pasaraya tu, tengok tengoklah bahan2. Jangan serah semua pada isteri.
Quote nuno 23-3-2020 05:03 PM
Come on..jangan buat malu kaum lelaki
Ada lelaki tak tau kunyit tapi reti mengunyit, rela dikunyitkan
Nak pilih/jadi mana satu?
Quote matchstick 23-3-2020 05:15 PM
Garam biasa jual dlm pek yg dh berlabel.. Tak tahu jgk maksudnya buta huruf
Quote sharlenetexas 23-3-2020 05:25 PM
Dalam banyak2 tu iols suka sangat bau lengkuas yang baru dipotong. Fresh sangat2.
Quote ellez 23-3-2020 05:40 PM
Daun bawang dengan daun kucai pun deme takleh beza kot
Quote bloodyamuk 23-3-2020 05:41 PM
elok ada silibus dalam kursus kawen bab2 kemahiran hidup ni
Quote GigaMom 23-3-2020 06:02 PM
Kalau harta 7 keturunan x habis2
Boleh lah kau blagak x tahu itu ini
Kalau setakat pangkat marhaen
Boo kan aja lelaki x guna tahu melantak shj
Quote yuki812 23-3-2020 06:11 PM
pagi tadi kuar g market..ngan hypermarket. hanya nampak lelaki yg i rasa laki indon..ngan bangla. yg laki warga tempatan..chinese. yang ppuan lak..hanya ppuan2 melayu.

laki melayu???..ketua keluarga?? maybe semalam dah pulun shoping panic buying...agaknya
Quote jazaa100 23-3-2020 06:29 PM
ellez replied at 23-3-2020 05:40 PM
Daun bawang dengan daun kucai pun deme takleh beza kot

Tak payah dorang.....akk pun confused...

Thn lepas gi pasar basah...selalu gi hero, giant & mydin....nk beli halia....akk amik &  tanya pcik yg jual tu...halia ni brp?....dia kata   eh, tu bkn halia...tu lengkuas.....perghhh...merah muka akk tahan malu....lengkuas muda rupa mcm halia....sejak tu, klu gi tempat dia...akk main tunjuk tunjuk je...tak mau sebut....
Quote ellez 23-3-2020 06:32 PM
jazaa100 replied at 23-3-2020 06:29 PM
Tak payah dorang.....akk pun confused...

Thn lepas gi pasar basah...selalu gi hero, giant & myd ...

Hehe..aku klu lengkuas muda blh cam sbb dia mcm color merah pink kat kulit tu kan..
Pastu klu daun kucai,leper tipis..daun bwg gemuk sket dan berongga..
Quote Amigurumi 23-3-2020 06:59 PM
ellez replied at 23-3-2020 05:40 PM
Daun bawang dengan daun kucai pun deme takleh beza kot

I baca komen lelaki suruh ajar bezakan daun sup dgn ketumbar
Quote ellez 23-3-2020 07:04 PM
Amigurumi replied at 23-3-2020 06:59 PM
I baca komen lelaki suruh ajar bezakan daun sup dgn ketumbar

Hahaha..daun ketumbar tu daunnya kecik sket dan lebar..bau pun kuat..
Daun sup kan daunnya tirus dan panjang sikit..dan xberbau kuat..ada org panggil daun saderi..
Tapi mesti boleh lah beza keduanya tu..daun sup dan daun ketumbar..
Quote besi_kelabu 23-3-2020 07:06 PM
IMG_20200321_150233.jpg
Macam ni..
Quote Artemesiaa 23-3-2020 07:10 PM
Idea hanya benar ketua keluarga keluar beli barang ni sebenarnya tambah masalaah nak2 untuk mereka yang tak pernah beli barangan dapur dan tak kenal2 jenis tumbuhan mau pun jenis ikan.  Jadi ia akan makan lebih banyak masa sebab mereka nak kena check list barang cari barang yang mereka pun tak tahu rupa gigih nak ke google image live video call etc etc etc.  Untuk menjimatkan masa dan memudahkan sebarang urusan elok biarkan je si isteri yang gi beli pasti lebih cepat barang2 yang nak kena beli dah boleh beli dan terus cepat boleh balik kerumah.  Jadi less human contact sebab process pembelian lebih cepat selesai.
Quote ctcheery 23-3-2020 07:23 PM
Hahaha bior belajar2 lah. Selama nih para suami xpenah amik tahu pun kan. Ada hikmah jgk PKP ni. {:hooray
Quote margo20 23-3-2020 07:33 PM
Kan ada label brg kt supermarket tu
Quote Mina2215 23-3-2020 08:04 PM
Selalu baca kat socmed pasal cita ketua keluarga cari barang masa PKP.  Petang ni berlaku kat depan mata masa di supermarket.

Sorg ketua keluarga berdiri agak lama kat rak sejuk cooler utk butter/cheese section. Pastu belek fon mesej2 dan amik gambar. Ada la dlm 5 minit proses tu sblm ambik seketul butter. Tu baru butter

Pastu time aku nk pegi rak rempah, terserempak dgn dia lg tengah pilih rempah kat situ. Sambil dia cari2 salesperson nak tanya.

Simpati pun ada. Nk gelak pun ada.
Quote KIM.K 23-3-2020 08:27 PM
Edited by KIM.K at 23-3-2020 08:30 PM

iols still tak boleh bezakan ikan
Yang kenal pun talapia dengan keli
Talapia merah talapia hitam
Patin vs salmon xtau

Beza keli dengan haruan xtau
Beza sepat gelama loma xtau
Ikan kembong kerapu jenahak kelah sebarau xtau

Org laki lagi kenal ikan ye dak..so fair la taktau semua
Quote giyomi 23-3-2020 08:29 PM
akak pon sampi sekarang sering tertipu dan terkeliru antara halia dan lengkuas. tau nya pakai angkut jer, bila sampai umah, baru tau, its not halia

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.068464 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top