CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terima Kasih PM, Pencarum KWSP Boleh Keluar Wang RM500 Sebulan Selama Setahun

23-3-2020 02:22 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 13183| Komen: 179|Original author: Tukang Tulis

Gambar hiasan. Kredit foto: The Malaysian Reserve



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 bilion bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen dan Facebook pada 23 Mac, beliau menjelaskan, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing.

Pengeluaran adalah tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan mulai 1 April 2020.

Menurut Muhyiddin, inisiatif tersebut dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 bilion.

Beliau juga berharap inisiatif berkenaan serta pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% yang berkuat kuasa pada bulan April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang-barang keperluan harian.

"Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. 

"Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing," jelasnya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kredit foto: Facebook


Muhyiddin menambah, kerajaan membenarkan sebahagian wang KWSP digunakan oleh para pencarum yang memerlukan.

"Insya Allah, jika wang ini digunakan secara berhemah akan ada keberkatannya untuk saudara dan saudari seisi keluarga," jelasnya.

Terima kasih kepada kerajaan terutamanya Tan Sri Muhyiddin yang memahami keluh-kesah yang hidup dalam kesempitan akibat pandemik Covid-19. - CARI
9

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 23-3-2020 02:34 PM
Syukur Alhamdulillah. Terima kasih TSMY.
Quote Suchi 23-3-2020 02:36 PM
Rata2 mmg dah keluarkan utk bayo umah bagai tiap bulan tp cuma 6 bulan je kalau nak kuarkan lg kena mohon lagi.
Quote Bipolajourney 23-3-2020 03:06 PM
Aku nak keluarkan juga. Aku tak banyak isi di kwsp tu. Duit tu nanti aku nak guna kembang perniagaan aku insha Allah. Harap ke Tun. Melayu malas. Melayu lupa. Melayu itu ini. Kajian demi kajian le jawabnya
Quote underground 23-3-2020 03:18 PM
Alhamdulillah.. satu kelegaan disamping dapat merancakkan ekonomi dalam negara..

Quote sarah82 23-3-2020 03:22 PM
Acc kedua aku tak pernah sentuh.. Aku nak keluarkan juga
Quote salmon-suki 23-3-2020 03:22 PM
Byk dah steps gomen baru ni buat and most of the steps tu apa y netizen suarakan..bagus2..ai like this,bertindak pantas and tahu apa kehendak rakyat..

Kudos to all barisan kepimpinan
Quote HannahMontana 23-3-2020 03:24 PM
Terima Kasih Allah !!!!!!!!!!!!!
Quote kaishi 23-3-2020 03:27 PM
Lege aku dengar part ni,

Nnt ape plak prosedur nak keluarkan tu ?
Quote jazaa100 23-3-2020 03:29 PM
sarah82 replied at 23-3-2020 03:22 PM
Acc kedua aku tak pernah sentuh.. Aku nak keluarkan juga

Jangannnn.......

Keluarkn bila satu hari nanti sarah betul betul perlu...baru kuarkn....mana tau nk beli rumah ke....bior je kat situ
Quote paz 23-3-2020 03:30 PM
Berita yang baik utk mereka yang terkesan.

Sangat prihatin.
Quote bintangct 23-3-2020 03:34 PM
nak keluar jugak la sb kita xtahu apa akan jd dlm masa terdekat ni.. drp dibiarkn duit tu dlm tu.. amik dn simpan.. mana tau bole pakai sesak or g travel hehe
Quote Leonclay 23-3-2020 03:34 PM
Lps ni kwsp pulak org serbu..
Kwsp kena dtg kaunterkn klu nk apply pengeluaran
Quote Kurex 23-3-2020 03:37 PM
Nak Simpson..nak beli rumah
Quote ellejo 23-3-2020 03:40 PM
puak PH tak puas hati kenapa rakyat kena keluar kwsp, kenapa kerajaan tak salurkan pada rakyat duit rm500?

sedangkan bantuan sedia ada dulu pun dipotong dan ramai tak dapat ada hati nak kondem.
Quote dino 23-3-2020 03:41 PM
salmon-suki replied at 23-3-2020 03:22 PM
Byk dah steps gomen baru ni buat and most of the steps tu apa y netizen suarakan..bagus2..ai like th ...

yea btul.. no more drama berebut kuasa

cuma skrg hati2 dgn mahacai yg stp kali ade tersasul mmg hbis la dok ulang cite

mcm khinzir dap kiasu sibuk suh menteri air suam letak jwtn.. tu la keje dap... mmg takde menda lain disaat org sibuk psl covid.. syukur korg bkn gomen lg
Quote dino 23-3-2020 03:42 PM
Leonclay replied at 23-3-2020 03:34 PM
Lps ni kwsp pulak org serbu..
Kwsp kena dtg kaunterkn klu nk apply pengeluaran

apa plak p kaunter.. semua online.. klau dipanggil cap jari kena p kaunter pun
Quote cm_vungtau 23-3-2020 03:43 PM
PH sekarang menyalak la cemana pun, takde siapa yang peduli. Padan muka.
Quote sarah82 23-3-2020 03:54 PM
jazaa100 replied at 23-3-2020 07:29 PM
Jangannnn.......

Keluarkn bila satu hari nanti sarah betul betul perlu...baru kuarkn....mana ta ...

Baik.. Mengikut arahan.  
Quote Ladybird910 23-3-2020 03:54 PM
Bgs jgk wak yidin bt gini..andai kata ditakdirkan lps bln 5 pru..wak yidin dh menang hati rakyat.hee..

Go wak, go !!!

Lihat semua komen(179)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.246110 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top