Sejak kebelakangan ini, sangat mencabar apabila kita mahu keluar rumah walaupun hanya untuk membeli barang keperluan rumah sahaja. Perkara itu turut dirasai pelakon Wawa Zainal yang terasa seolah-olah mahu berperang ketika membeli keperluan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
"Cari barang dapur kejap, rasa macam nak pergi berperang," tulisnya di Instagram. Bagaimanapun, perkongsiannya itu dipersoal warganet yang hairan mengapa tidak suaminya, Aeril Zafrel saja yang keluar membuat pembelian? Ini respons Wawa mengenai persoalan itu. "Ada, tapi lagi risau kalau dia keluar duduk lama-lama dalam supermarket sebab nak cari barang satu-satu. "Kalau kita ni, dah tahu barang apa kena beli," katanya membalas komen berkenaan yang menyuruh Aerel sahaja keluar rumah seperti dipetik GEMPAK.
Ramai peminat bersetuju biar golongan isteri saja mencari barang keperluan rumah kerana leboh arif. Betul juga kata Wawa, kalau golongan suami yang mencari barang, mungkin masa yang pendek menjadi lebih panjang di luar sana. - CARI
|
Rainrein replied at 23-3-2020 12:35 PM
Tak paham laki yang semua bende x kenal ni, sepanjang berkahwin x penah pegi shopping groceries sesa ...
zuriey replied at 23-3-2020 12:38 PM
Kan..yg baru2 kawin fhm juga ni yg dah berbelas tahun kawin pun still bengap.selama ni bini shopin ...
ADVERTISEMENT