Selepas Maya Karin dan Neelofa membuat kenyataan kontroversi, kini giliran pelakon Daiya Trisha dan Jasmine Suraya pula dikecam berjemaah oleh warganet. Semuanya gara-gara mereka berhajat untuk berjogging di luar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Perbualan mereka itu disaksikan lebih kurang 600 pengikut mereka di Instagram Live. Hal ini menyebabkan kemarahan warganet kerana ia telah melanggar perintah berkurung ini.
Walaupun ianya sekadar perbualan semata-mata, namun ia memberi impak negatif. Ia seolah-olah beranggapan tidak mengapa berada di luar rumah untuk berjalan sekejap sahaja bagi mendapatkan cahaya matahari. Bayangkan jika mereka benar-benar melakukannya dan peminat mereka juga merasakan ianya tidak salah, arahan PKP ini sudah tidak lagi berkesan. Ianya secara tidak langsung menyusahkan kerajaan Malaysia yang berusaha untuk memutuskan rangkaian Covid-19 ini. Apatah lagi sebagai artis yang mempunyai pengaruh dan pengikut yang ramai, perbualan terbuka sebegitu lebih mengundang pengaruh negatif berbanding positif. Mereka sepatutnya lebih peka dengan situasi sekarang untuk berada di rumah dan bukannya semata-mata mahu menikmati cahaya matahari. Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan bukan itu yang dimaksudkan oleh Daiyan. Eh! Macam tu pula. Sementara itu, Daiyan dan Jasmine tidak memberikan sebarang jawapan balas untuk dakwaan tersebut. Dalam masa sama, Daiyan dilihat aktif mengemaskini perkembangan mengenai Covid-19 malahan menyumbang duit poketnya sendiri kepada keluarga yang memerlukan. Terkini dia turut mengumpulkan dana dan menyeru pengikutnya untuk sama membantu menjayakan misi ini.
|
Incanto replied at 23-3-2020 02:15 PM
sedap dia punya English.....smooth dan konsisten sebutan dia
aku rasa dia buat bibir.
apedehal replied at 23-3-2020 02:34 PM
Buat bibir plak ke??adeh hidung la bibir la...muka daiyan ni in real life berlubang jugak bekas2 j ...
zuriey: Repair muka kah si budak dyan ni..i suka dia dlm drama dee...
bintangct replied at 23-3-2020 03:24 PM
nape sian kat mak dia?
ADVERTISEMENT