Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan berita empat lagi kematian di Malaysia akibat virus Covid- 19 menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak lapan orang.
Berita tersebut dikongsikan di Twitter rasmi kementerian itu. Agak mengejutkan apabila penyampai radio KoolFM, Muaz Muhamed turut memaklumkan berita duka bahawa bapa saudaranya meninggal dunia petang semalam akibat pandemik itu. "Benda yang saya paling takut, terjadi juga. Pak Uda saya iaitu Idris b Atan telah pergi selamanya. Kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku, begitu cepat virus covid ini merebak. Moga mak uda, kak long, kak ngah @syahirahidris dan lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini. "Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," kongsi Muaz di Instagram miliknya. Perkara tersebut juga dikongsikan anak perempuan Allahyarham iaitu Syahira Idris di akaun Twitter miliknya. "Assalammualaikum semua. Dengan berat hati, ayah saya Idris Bin Atan telahpun meninggal dunia. Doakan jenazah ayah dicucuri rahmat. Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang sangat. "Terima kasih yang mendoakan ayah selama ni. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian. "Seperti yang dimaklumkan, kami tidak dapat menguruskan jenazah ayah. Saya dan kakak tidak dibenarkan keluar hospital. Hanya doa di kejauhan. Adik akan berada di Bahagian Forensik Hospital. "Lega bila tahu ayah pergi dalam keadaan yang tenang sangat. Alhamdulillah Ya Allah," tulisnya. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat seluruh rakyat Malaysia, jangan sesekali mengambil enteng covid-19. Jangan sampai keluarga kita sendiri yang terkena baru mahu sedar dan mengambil serius. - CARI
|
LadyCarefree replied at 22-3-2020 01:06 PM
Jadinya siapa mati sebab covid19 ni tuhan sayang lebih? Mati muda tuhan sayang lebih. Mati orang bai ...
blekkep replied at 22-3-2020 12:30 PM
sian atok aiols umo pjg tuhan x syg
LadyCarefree replied at 22-3-2020 01:06 PM
Jadinya siapa mati sebab covid19 ni tuhan sayang lebih? Mati muda tuhan sayang lebih. Mati orang bai ...
pinkzara replied at 22-3-2020 03:46 PM
Hikmah Mati muda tuhan sayang. Sebab allah takut makin byk dosa yg org muda tu buat
KIM.K replied at 22-3-2020 11:25 AM
Few years dulu aku kata kat few people, anak2 kau tak dapat cium jenazah kau. Tak ada kubur. Tak ada ...
pinkzara replied at 22-3-2020 04:46 PM
Hikmah Mati muda tuhan sayang. Sebab allah takut makin byk dosa yg org muda tu buat
nolya replied at 22-3-2020 11:56 PM
Allah sayang kpd semua makhluk yg dicipta-Nya. Segala yg dijadikan tidaklah sia2 kerana saling mem ...
pinkzara replied at 23-3-2020 01:14 AM
No need to longgggg explanation la sis. Dont take it too seriously. Chill.
Bab agama i belajar d ...
nolya replied at 22-3-2020 11:56 PM
Allah sayang kpd semua makhluk yg dicipta-Nya. Segala yg dijadikan tidaklah sia2 kerana saling mem ...
ADVERTISEMENT