Nampaknya, masih ramai rakyat Malaysia tidak mengendahkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu. Perkongsian dari Perak Press menunjukkan segelintir rakyat Malaysia tidak mahu akur untuk kekal di rumah dan hanya bersurai apabila diarahkan pihak polis. Tidak faham langsung atau degil? Lantaran itu, pihak polis hampir kehilangan kata-kata untuk meminta mereka mematuhi arahan tersebut. "Jangan sampai saya bertukar jadi Azwan Ali" Warga maya turut bersimpati dengan polis kerana terpaksa berdepan dengan golongan sebegini. Menyusahkan betul! Kesian pihak polis nak hadap orang macam ni... Patut rekod suara Azwan Ali je... Polis pon manusia, hilang sabar dah tu.... Tujuan perintah ini bukan untuk menyusahkan rakyat, sebaliknya untuk menjaga kesihatan dan juga nyawa kerana setiap hari ada saja kes baru dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sewajarnya rakyat memahami keperluan pelaksanaan perintah kawalan supaya keadaan semasa pulih dan bebas dari penularan wabak Covid-19 secepat mungkin. Mereka suka ke jika rantaian jangkitan gagal diputuskan dan menjangkiti lebih ramai mangsa? - CARI |
ADVERTISEMENT