Pelakon Shah Iskandar nampaknya telah menarik perhatian netizen untuk dikecam kerana perlakuannya berkongsi kepada umum mengenai penjualan kit ujian pengesanan COVID-19 di Instagram miliknya, baru-baru ini.
Melalui postingnya itu, Shah, 38, turut memaklumkan bahawa dirinya negatif COVID-19 setelah menjalani ujian pengesanan menggunakan kit tersebut. "Saya negatif COVID-19! Alhamdullilah. Saya jual kit ujian COVID-19 pada harga RM75. Sila buat tempahan sebelum Ahad ini dan penghantaran akan dilakukan selepas Selasa. Lakukan pemeriksaan ke atas diri anda dengan hanya di rumah," tulisnya. Malah, dia turut melakukan demonstrasi penggunaan kit tersebut menerusi sesi Live di Instagram. Walau bagaimanapun, tindakannya itu kemudian mengundang pelbagai respons dari kalangan netizen. Rata-rate netizen mengkritik tindakan Shah yang menjual alat ujian pengesanan tersebut selain mempertikaikan perbuatannya kerana telah melanggar undang-undang. Berikutan itu, Shah kemudian memadam posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di Live IG. "Terima kasih kerana menyedarkan benda itu tak sepatutnya dijual," katanya. Orang ramai yang menunjukan simptom COVID-19 diminta untuk terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - CARI
|
Tinot7 replied at 23-3-2020 10:47 AM
Iols dgr ada home testing. Tepon doktor, pastu dia mai amik kat umah, rega RM700...
aechae replied at 23-3-2020 10:59 AM
Ada... bleh g kt doctoroncall.com.my
Tp kna isi form dlu n tgk level of contact jugak...
Ini utk ...
Tinot7 replied at 23-3-2020 11:53 AM
Ok tengkiu. Iols dgr ada spital dan makmal yg offer drive thru testing. Itu pun bagus utk org2 yg ...
aechae replied at 23-3-2020 11:59 AM
Kna keluar rumah jugak kn klu cmtu...
Yg ni org dtg amek sample kt rumah cuma amek msa lh kot sbb ...
Tinot7 replied at 23-3-2020 12:05 PM
Hehe.. iols tanya2 ni, iols tak buat pun.. hihi... saje nak tau..
ADVERTISEMENT