CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ketahui Cara Mohon Bantuan RM600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Akibat Covid-19

26-3-2020 10:00 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 4354| Komen: 9|Original author: intan

Sebagai salah satu langkah prihatin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan inisiatif bantuan sementara bulanan RM600 selama maksimum 6 bulan bagi individu yang menerima notis cuti tanpa gaji akibat Covid-19.


Pengumuman yang dibat pada 16 Mac lalu sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan wabak ini.

Usaha itu merupakan sebahagian daripada progam Employment Rentention Program (ERP) yang telah melibatkan peruntukan sebanyak RM60 juta dari kerajaan serta RM60 juta dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Semak Kelayakan Bantuan Program ERP

1. Pekerja telah diberikan notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020.
2. Pekerja sektor swasta telah mendaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Perkerjaan (SIP) PERKESO
3. Menerima gaji RM4,000 dan ke bawah
4. Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja
5. Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja

Ternyata, program ini juga membantu majikan yang terjejas akibat wabak ini untuk mengurangkan kos operasi melalui pemberian cuti tanpa gaji kepada kakitangan terlibat.



Cara Memohon

Permohonan hendaklah dilakukan melalui majikan sendiri bagi wakil pekerja yang terlibat. Majikan hendaklah mengemukakan permohonan lengkap melalui Borang Permohonan ERP C-19 dan dokumen mandatori surat notis cuti tanpa gaji (NOTIS CTG) yang mengandungi senarai pekerja terlibat.

Senarai pekerja hendaklah mengandungi butiran terbabit. 

1. Nama penuh pekerja
2. Nombor kad pengenalan warganegara Malaysia (No. KPPPN)
3. Nama Jawatan
4. Maklumat gaji bulanan terakhir pekerja (RM)
5. Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi


Permohonan lengkap boleh dihantar bermula 20 Mac 2020 melalui emel kepada [email protected] atau melalui sistem atas talian.

Majikan dikehendaki menyalurkan bayaran bulanan ke akaun pekerja dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan bayaran dari PERKESO.

Semoga bermanfaat! - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote top5complete 26-3-2020 10:06 AM
yang gaji hari macam mana?
Quote top5complete 26-3-2020 10:07 AM
yang gaji hari macam mana? perkeso pun tiada, boleh ka carum sendiri perkeso?
Quote Ladybird910 26-3-2020 11:51 AM
Mostly xlayak pon benda ni sbb bape kerat je private sector yg mencarum under SIP? Then gomen ckp 500 sebln but you kena ambil dari kwsp savings u sendiri..which most SME biz mmg xdela..bagi plak moratorium tp ade accrued and compounded insterest/profit

On top of that all private sectors kne byr gaji pekerja sama mcm govt.Somehow aku rse majikan kat msia ni (esp private sectors syarikat enterprise,plt and partnership) tak de langsung dpt apa..

Sdn bhd n bhd xpyh kira sgt..dorg pny benefit n tax deduction bersepah kot
Quote meow_tompok 26-3-2020 01:33 PM
Ladybird910 replied at 26-3-2020 11:51 AM
Mostly xlayak pon benda ni sbb bape kerat je private sector yg mencarum under SIP? Then gomen ckp 50 ...

bukan ke majikan bayar socso auto bayar sekali eis.
kecuali gov staff, maid & self employed worker


Quote Ladybird910 26-3-2020 02:08 PM
meow_tompok replied at 26-3-2020 01:33 PM
bukan ke majikan bayar socso auto bayar sekali eis.
kecuali gov staff, maid & self employed work ...

Bayar socso xsemestinya byr sip..mostly majikan xbyr sip utk pekerja dorg even wajib bayar.hence this 600 xeligible
Quote meow_tompok 26-3-2020 02:19 PM
Edited by meow_tompok at 26-3-2020 02:21 PM
Ladybird910 replied at 26-3-2020 02:08 PM
Bayar socso xsemestinya byr sip..mostly majikan xbyr sip utk pekerja dorg even wajib bayar.hence t ...


kalau kwsp pekerja bole check setiap bulan caruman masuk, tapi pekerso tadi baru check dah takde pula. last time pernah check nama majikan carum kat account kita. nak call utk check tak bole pula.

kot2 ada forumer kat sini yg diberhentika kerja bole apply faedah SIP.

Utk rm600 utk pekerja yg terima notis cuti tanpa gaji min 30 hari bermula antara tempoh 1 mac... pulak. Yg itu majikan kena apply, socso bayar ke akuan majikan, then majikan credit dlm akaun pekerja. Harap semua pekerja celik. Sbb ada pernah dengarbkes pekerja accident, majikan apply faedah socso tapi duit tu
majikan yg amik.
Quote Jemahjemah 27-3-2020 03:58 PM
Kalau majikan xcarum lgi socso mmg xboleh apply eh rm600 ni. Kalau mntk dia carum skrg, masih boleh lg x ? {:cryrun
Quote LemangGoreng 30-3-2020 12:30 PM
terbaik info
Quote meow_tompok 23-4-2020 07:24 PM
Jemahjemah replied at 27-3-2020 03:58 PM
Kalau majikan xcarum lgi socso mmg xboleh apply eh rm600 ni. Kalau mntk dia carum skrg, masih boleh  ...

baru masuk kerja ke

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.044555 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top