CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Filem Erotik Dan Laman Web Lucah Nombor 1 Di Malaysia, Baru 5 Hari Stay At Home, "Apa Nak Jadi?"

23-3-2020 12:01 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 25562| Komen: 64



Dek 'stay at home' di Malaysia saat ini, pelbagai perkara telah berlaku. Antara yang hebat diperkatakan ialah kadar tontonan filem semakin meningkat sama ada menerusi televisyen, saluran media sosial atau pun sistem stream berbayar seperti Netflix.

Bagaimanapun, apa yang mengjengkelkan ialah seleksi program yang banyak dilayari oleh rakyat Malaysia bukanlah berbentuk filem atau dokumentari tetapi sebenarnya mengandungi unsur seks!

Hari pertama 'Perintah Kawalan Pergerakan' sendiri sudah membuktikan filem sensual iaitu Fifty Shades Freed mengungguli carta di Malaysia. Menakutkan kerana ianya boleh ditonton secara bebas oleh sesiapa sahaja asalkan mempunyai akaun tersebut. Kenapa kita sampai begitu sekali?


Twitter


Jika dilihat dari komen-komen yang telah menonton filem tersebut ialah dari kalangan remaja atau yang belum berkahwin. Tampaknya mereka menikmati filem-filem dewasa yang dahulunya adalah perkara taboo tetapi kini ia seolah-olah makin diterima ramai orang.



Lebih memalukan apabila kajian dari laman sesawang penerbit lucah di luar negara sendiri telah membuktikan Malaysia menjadi negara keempat paling banyak melayari video lucah sempena Corona Virus ini.
Twitter
Pelbagai persoalan dilontarkan apabila melihat situasi begini berlaku? Mengapa rakyat Malaysia begitu taksub dengan cerita berunsur erotik atau terus sahaja melayari laman web pornografi? Adakah kerana ianya mudah diakses atau sebagai satu cara meluahkan rasa itu sendiri? 

Apa akan jadi pada anak bangsa jika ia terus menjadi 'ganja' kepada mereka? Perlukah kita menyekat hiburan ini atau terus menyaksikan 'kegembiraan sementara' ini?- CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 23-3-2020 12:30 PM
Owhhh..hak ah..tgk carta netflix..citer nih top 10..seblom ni sume citer korea jah..


Aku x tgk citer ni..x minat plak nk tgk..x habih lagi payan pondan dlm dragrace
Quote anakmak 23-3-2020 12:42 PM
no 1 netflik

sambil cuti2 ni ada yg tambah teori ngan praktikal sekali gus
so aku assume yg official je la ni
maklumlah tgh2 #stayhome takkan pi cari skandal pulak
Quote Xim 23-3-2020 12:48 PM
Perasaan ingin tahu org malaysia ni sgt la mendalam....hahaha
Quote otai_g 23-3-2020 12:52 PM
filem apa tu? X pnh dgr pun..
Quote yuki812 23-3-2020 12:58 PM
tak pernah tau sebenarnya..
tapi skrg dah tertau..mcm rasa nak tgk juga..
Quote bloodyamuk 23-3-2020 01:21 PM
selama ni iols lah menambah carta k-drama dalam top 10 netflix...

ayook taktau golongan mane yang kurang kasih sayang dan belaian manja tu...

kesian sangat2 kahkahkah
Quote crazybeach 23-3-2020 01:37 PM
poenhub kan dah kena block mana boleh access pakai ip malaysia. nak cite pasal statistik bagai tapi kau pun duk melayan sama khuenss?
Quote Ed_Lyn 23-3-2020 02:02 PM
Bahaya gini.. Janganlah pula kes sumbang mahram meningkat..
Quote cikkittydiva 23-3-2020 02:24 PM
Selain kawal pergerakan dekat luar. Kawal syahwat sekali. Masih tak paham ke covid 19 ni teguran Allah kat manusia yang leka yg sibuk buat kemungkaran.  Jangan kes sumbang mahram ada pulak. Ngeri la tgk. #donedakwah :p
Quote Skuau 23-3-2020 02:26 PM
mai la main catur,dam,batu seremban,tangga ulau,monopoli,sahibba,karom dll.......
Quote Artemesiaa 23-3-2020 02:46 PM
Harap tak menyebahkan berlakunya jenayah disebabkan ini
Quote damsel_fiji 23-3-2020 02:51 PM
mmg nama dia al jengkawi ke apa??
Quote duri_durians 23-3-2020 03:38 PM
rumah aku duk search horror je. mcm2 horror movie dah tengok.
ada sesape ada cadangan?
Quote gigahertz 23-3-2020 03:46 PM
duri_durians replied at 23-3-2020 07:38 AM
rumah aku duk search horror je. mcm2 horror movie dah tengok.
ada sesape ada cadangan?

Orphan filem lama dah tengok ?
Quote uori 23-3-2020 03:51 PM
duri_durians replied at 23-3-2020 03:38 PM
rumah aku duk search horror je. mcm2 horror movie dah tengok.
ada sesape ada cadangan?

samalah. dah habis citer seram kat netflix aku tengok.punya desperate sampai pagi tadi citer House of Wax zaman hanglipo tu pun aku nengok kat astro walau tak seram.
dah taktau nak nengok cite apa. The Platform best ke?

Quote sally03tomato 23-3-2020 03:53 PM
selalu terfikir kesian dengan org yg rasakan seks is everything...
Quote djzara81 23-3-2020 04:16 PM
Terus terang aku pnh tgk 50 Shades of Grey out of curiosity. Mmg kumpul dosa mata weyy. Yg second & third punya aku x kan tgk. Nothing to shout about. Lagi kumpul dosa jerr
Quote Cassieopeia 23-3-2020 04:45 PM
netflix ni mmg xleh kawalla.. kene kawal diri sendiri. ni dah sekali tgk mau tgk lg tu.. xinsaf ye dh dlm keadaan gini
Quote duri_durians 23-3-2020 04:55 PM
gigahertz replied at 23-3-2020 03:46 PM
Orphan filem lama dah tengok ?

sudah.. macam2 tengok dah smpaikan filem bongok2 pun tengok jua. kalau ada list mana nak tengok ok juga

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.079291 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top