CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kenapa Degil Sangat Ni? Masing-masing Macam Tiada Kesedaran Langsung!

21-3-2020 10:24 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6480| Komen: 17|Original author: Oleh: natrahn


Kenapa degil sangat ni?

Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan Kerajaan Malaysia sejak mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 nampaknya masih dicabuli rakyat Malaysia.

Walaupun rakyat digesa agar tidak keluar dari rumah jika tiada urusan penting bagi membendung penularan wabak Covid-19 ternyata ianya gagal dipatuhi segelintir daripada mereka. 

Tak pasti di mana silapnya sama ada tahap kesedaran kurang jelas atau saluran info tidak sampai kepada mereka yang tinggal di kawasan kampung. Pasar tani dan kenduri kendara berjalan seperti biasa selepas Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan!

Video ini dikongsi SudTeerak di mana pihak berkuasa daerah Kubang Pasu di Kedah juga tegas menjalankan tanggungjawab dengan membaca akta perintah berkenaan.

Kelihatan ramai penduduk di pasar pagi yang terletak di Pekan Jitra Lama masih keluar mendapatkan bekalan makanan di sana.




Kumaran Rajamoney berkongsi video di mana pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar telah mengeluarkan arahan dan menghalau tetamu yang datang ke sebuah majlis persandingan di Kampung Pokok Alor Setar di Kedah. 

Tetamu yang hadir dilihat mula bersurai sebaik pihak polis tiba di lokasi berkenaan.



Sementara itu, di Kampung Jawa, Kuantan di Pahang Soffian Al-Idruse berkongsi perkara sama, di mana pasar tani di kawasan tersebut beroperasi seperti biasa. 



Ekoran tahap degil sebilangan rakyat masih tinggi, kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat.

Virus COVID-19 ini memang tidak nampak dengan mata kasar tetapi ianya mampu membunuh dan meragut nyawa dalam sekelip mata. Jadi, patuhilah larangan itu. 

Kita nak cepat-cepat putuskan rantaian wabak COVID-19 ni. Semoga seluruh rakyat Malaysia mengambil berat mengenai wabak Covid-19 ini. - CARI
3

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 21-3-2020 10:42 AM
Kasi letak dlm black maria je depa neh
Quote salmon-suki 21-3-2020 11:20 AM
@sarah82 kawasan dorg ni memang xde internet/siaran tv ke apa y bengap sgt nih?{:smile

Sarah p maki dorg nuh..{:run
Quote sarah82 21-3-2020 11:30 AM
salmon-suki replied at 21-3-2020 03:20 PM
@sarah82 kawasan dorg ni memang xde internet/siaran tv ke apa y bengap sgt nih?{:smile

Sarah p ma ...

Mmg dah puas maki dah dari semlm..boring malaikat tulis makian.. Ayat sama berulang2..huwaa..
Quote salmon-suki 21-3-2020 11:52 AM
sarah82 replied at 21-3-2020 11:30 AM
Mmg dah puas maki dah dari semlm..boring malaikat tulis makian.. Ayat sama berulang2..huwaa..

Hahahahaha..sila bagitaw polis2 atau balairaya2 kg utk pasang bebelan Diva AA kt speaker..xpun guna speaker masjid pun boleh,kasi awareness kat dorg..

Tak pun kalau susah sgt nak faham,suh mana2 retis y boleh cakap utagha buat video and pasang..cheta kaa,ritrud kaa..y low grade mcm melvins pun boleh laa..kekeke~
Quote sarah82 21-3-2020 12:04 PM
salmon-suki replied at 21-3-2020 03:52 PM
Hahahahaha..sila bagitaw polis2 atau balairaya2 kg utk pasang bebelan Diva AA kt speaker..xpun gun ...

Bimbo2 tu lagi menyusahkan.. Kena bagi makcik2 bawang yg pakar mengata.. Jenis kalau kata makan sampai tulang hitam.
Quote salmon-suki 21-3-2020 12:10 PM
sarah82 replied at 21-3-2020 12:04 PM
Bimbo2 tu lagi menyusahkan.. Kena bagi makcik2 bawang yg pakar mengata.. Jenis kalau kata makan sa ...

Hahahaha..kalau macik bawang sndiri y pegi kenduri?caner tuh?kekeke~
Quote sarah82 21-3-2020 12:12 PM
salmon-suki replied at 21-3-2020 04:10 PM
Hahahaha..kalau macik bawang sndiri y pegi kenduri?caner tuh?kekeke~

Makcik2 bawang jiran arwah tok aku dah berhenti sejak arahan kerajaan.. Aku call seorg2 hasut dengar nasihat kerajaan.. Jagn dok buat ketegaq sangat.. Karang meninggal tak boleh sapa sentuh.. Wakakakakaka.. Aku import depa la pi marah...
Quote salmon-suki 21-3-2020 12:16 PM
sarah82 replied at 21-3-2020 12:12 PM
Makcik2 bawang jiran arwah tok aku dah berhenti sejak arahan kerajaan.. Aku call seorg2 hasut deng ...

Hahahahahha..bagus2..kalau mulut puaka tahap tertinggi boleh laa kasi malu sket..y buat kenduri pun bebal,y pegi mkn kenduri pun bebal..

Peniaga pasar pun bebal,y pegi membeli pun bebal..kat sini ai tgk xde dah foreigners gagak main bola..kalau x,ptg2 penuh ngn geng2 dorg..

Now,bebudak melayu ramai berkumpul..ntah laa..makpak xtegur ke ape..atau punya fahaman mcm doc ong..
Quote sarah82 21-3-2020 12:19 PM
salmon-suki replied at 21-3-2020 04:16 PM
Hahahahahha..bagus2..kalau mulut puaka tahap tertinggi boleh laa kasi malu sket..y buat kenduri pu ...

Makcik2 bawang jiran iols.. Mulut nauzubillah tapi baik.. Bab mengata org.. Fuhhhh.. Ni kalau mak nab dan mak mah yg berletiaq.. Mau menangis kena ayat depa... Hahahaah
Quote Cassieopeia 21-3-2020 12:21 PM
ada lg yg buat kenduri kawin, ingat kg xde polis dtg cek kot
Quote jajanpedas 21-3-2020 01:23 PM
nape xtarik je @ batal trus jela lesen bniaga dorang tu..mcam dorang je nk kna cri duit..nyawa orang lain kt tgn dorang,xsedar ke..Allah la..
Quote pokaibanktokyo 21-3-2020 01:26 PM
Pergi pasar beli barang keperluan saja. Tak payah melenting
Quote Shahjoe 21-3-2020 09:12 PM
Penampaq jer semua {:hero
Quote any42 21-3-2020 10:00 PM
ad lg yg bt kenduri????? syg duit dr nyawa.
Quote husna_amal 23-3-2020 09:41 AM
kalau degil macam ni takut tempoh kawalan ni ditambah lagi.
Quote LemangGoreng 30-3-2020 01:21 PM
hmmm nth la
Quote chinta89 16-4-2020 12:01 PM
Dasar bengap x nk dgr arahan baik kat kampung or bandar. Ade je makhluk yg x reti bhsa {:laugh

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.187700 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top