"Dah 2 minggu saya ambil suplemen tambahan untuk bantu keluarkan susu badan." Selebriti Sazzy Falak, 40 gembira bercerita mengenai usahanya untuk menyusukan sendiri anak angkatnya, Idris di laman Instagram. Semua itu diambil kira memandangkan ia lebih memudahkan hubungan mahram mereka sekeluarga nanti dan juga faktor kesihatan. "Apabila ambil keputusan untuk memilikinya, saya juga mahu menyusukannya sendiri. Maklumlah khasiat susu ibu dan hubungan mahram itu sendiri menguatkan lagi niat saya. Dah 2 minggu saya ambil ubat penggalak susu untuk merangsang penghasilan susu. Jadi, walaupun belum ada hasilnya, saya tetap positif."
Idris yang kini berusia sebulan adalah anak angkat pasangan Sazzy dan Nazril. Mereka mengumumkan peristiwa gembira tersebut Sabtu lalu kepada umum. Dalam masa sama, Sazzy berharap agar dapat menyusukan Idris selama 2 tahun sama seperti tempoh penyusuan anak kembarnya juga. Sementara itu, rakan-rakan artis turut memberi kata-kata semangat kepada Sazzy untuk meneruskan hasratnya itu. Wah! Tahniah kepada mama Sazzy yang bersemangat untuk menyusukan sendiri Idris. Alhamdulillah, semoga tidak cepat putus asa ya. - CARI |
prizadane replied at 20-3-2020 11:00 AM
Good effort Sazzy. At least dia tahu juga bab hukum hakam agama.
Btw, comel sangat baby Idris.
Managerara replied at 20-3-2020 11:02 AM
They oll tahu jahh cuma bab amal tu kurenggg
Kurex replied at 20-3-2020 10:43 AM
Busuknya rupa suami dia
ADVERTISEMENT