CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kondo Mewah Tertinggi Akan Dibina Di Kl

16-10-2013 05:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14491| Komen: 72

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Syarikat pemaju hartanah, Dubaiz Development Bhd. (Dubaiz Development) mahu memajukan tiga bidang tanahnya di ibu kota, termasuk membina sebuah menara dengan nilai pelaburan awal sebanyak RM366 juta.

Ketiga-tiga bidang tanah itu seluas 15.2 hektar dan salah satunya dalam proses pengambilalihan.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Rusli Zaman berkata, syarikat itu merancang untuk membina sebuah menara yang menjadi ikon kepada Kumpulan Dubaiz setinggi 67 tingkat.

Katanya, Selain menara, pihaknya mahu membina kondominium mewah, kompleks beli-belah, bangunan pejabat dan hospital untuk golongan pertengahan dan bawahan.

Gambar hiasan

Beliau berkata, projek itu dijangka bermula pada awal tahun depan dan pelaksanaannya dijangka mengambil masa selama 36 bulan.
"Menara yang akan dibina berhampiran menara berkembar Petronas itu mengandungi ruang pejabat dan pusat komersial.
"Nama penuh menara itu masih dirahsiakan, bagaimanapun perkataan Dubaiz akan tetap diabadikan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dubaiz Development merupakan anak syarikat di bawah Kumpulan Syarikat Dubaiz yang ditubuh sejak 2003.
Bercakap mengenai kondominium mewah, Rusli menambah, pihaknya menyasarkan golongan ekspatriat dan golongan berpendapatan tinggi sebagai bakal pembeli.

Katanya, kondominium itu dijangka setinggi 67 tingkat dan terletak di Ampang, Selangor.
Mengenai hospital yang juga akan dibina, Rusli memberitahu pusat perubatan itu dijangka membantu golongan pertengahan dan bawahan untuk mendapatkan rawatan bertaraf lima bintang dengan caj harga yang berpatutan.

Katanya, pihaknya ingin memberi ganjaran kepada masyarakat dan hospital yang akan dibina itu nanti merupakan salah satu tanggungjawab korporat sosial Kumpulan Dubaiz.


9

Bagus
5

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alepmama 16-10-2013 10:23 AM
mana laa mamfu
panggil la banyak2 orka orka luar negara sana tu
rakyat sendiri dok pprt sajer
Quote chaintea 16-10-2013 10:35 AM
sape la yg duduk sana agaknya ye..
rsnya ramai rakyat Malaysia x mampu nk dok sana
pandang je la..

meratib..bumi dipijak milik orang..
Quote batman_2007 16-10-2013 10:41 AM
Klau duit ada 1-2 juta dlm bnk pun sah2 berangan je nk satu tempat
Quote ogata 16-10-2013 10:44 AM
jangan mimpi la nk dapat.
Quote MengkuduMasam 16-10-2013 10:47 AM
takde ke pemaju yg nak amik tanak Plaza Rakyat tuh....

tapak pembiakan denggi terbesar di KL nih
Quote kaknab 16-10-2013 10:57 AM
alepmama posted on 16-10-2013 10:23 AM
mana laa mamfu
panggil la banyak2 orka orka luar negara sana tu
rakyat sendiri dok pprt sajer

sungguh nak dikata...


Quote TuntungReturn 16-10-2013 10:58 AM

kondo mewah bukan setakat bayaran bulanan je mewah,,,duit mentenen mau kurang 2,3 ribu sebulan,,
Quote BotakChinPeng 16-10-2013 11:10 AM
Tinggi 67 tingkat baru 366j rgt ? WOW
Quote alepmama 16-10-2013 11:15 AM
TuntungReturn posted on 16-10-2013 10:58 AM
kondo mewah bukan setakat bayaran bulanan je mewah,,,duit mentenen mau kurang 2,3 ribu sebulan,,:s ...

duit mentenen dia ajer boleh buat bayar silap2 2 buah rumah kita kan
Quote BotakChinPeng 16-10-2013 11:18 AM
Haha."dubaiz"
Quote TuntungReturn 16-10-2013 11:19 AM
alepmama posted on 16-10-2013 11:15 AM
duit mentenen dia ajer boleh buat bayar silap2 2 buah rumah kita kan


yup..ade kondo mewah aku tgk ari tu,,bil mentenen die rm2,500 sebulan!geleng kepala aku,...tpi majoriti dok situ pompuan2 muda..no komen,
Quote Juadah 16-10-2013 11:29 AM
Wow.. bangga rasanya bila ada tempat2 gah spti ini di negara kita. Pada i biarlah kawasan ni lebih di khususkan kepada org yg berkemampuan. Sudah tentu exspatriat yg beli kondo sini bukan calang2 orang. Diaorng boleh bawa masuk "wang" ke negara kita. sekaligus menaikkan taraf ekonomi negara.

Manakala utk Golongan yg sederhana, kerajaan perlu beri tumpuan di kawasan sepatutnya. Mungkin di kawasan pandan, keramat dll. Tapi jgn buka peluang sewenangnya kpd golongan PATI pula. Itu yg rakyat tak suka.

Quote applemy 16-10-2013 11:34 AM
Apasal nama pemaju mcm main2 je?
Quote BotakChinPeng 16-10-2013 11:34 AM
Harap boleh capai.ketinggian1000 kaki
Quote zorrro_03 16-10-2013 12:28 PM
MengkuduMasam posted on 16-10-2013 10:47 AM
takde ke pemaju yg nak amik tanak Plaza Rakyat tuh....

tapak pembiakan denggi terbesar di KL nih

Amboi  tuduhan. Tapi plaza ni apa cerita sebenarnya? Kebodohan siapa yg jadi gini sekali?
Quote dragger 16-10-2013 12:30 PM
tgk kondo kat area mont kiara, jln duta tu pun dah menangis harga dia..
Quote MengkuduMasam 16-10-2013 02:22 PM
dragger posted on 16-10-2013 12:30 PM
tgk kondo kat area mont kiara, jln duta tu pun dah menangis harga dia..

project ni tersadai sejak gawat thn 98 tuh... company Daewoo kalo xsilap....

tapi kalo ko nak LRT dari plaza rakyat... or parking kat pudu raya.. .ko pi intai... mmg dah jd mcm man made pool dah...
Quote nurfariezza 16-10-2013 03:14 PM
mak aihh...siap da trget pmbeli umah nk org kayo je..
yg xbpe nk kayo ni telan ayaq liuq jela..
Quote ultra78 16-10-2013 03:17 PM
Tak cukup-cukup lagikah office space di kl?

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.103766 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top