Susulan perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, ramai yang dilihat mula panik membeli barang keperluan. Namun, bagaimana pula dengan mereka yang kurang berdaya seperti warga emas?
Memetik laporan ProjekMM, seorang pemuda yang tidak mahu identitinya didedahkan sanggup menawarkan diri untuk membantu membeli barangan keperluan kepada golongan memerlukan ini. Katanya, ia dilakukan sebagai sumbangan kepada masyarakat terutama ketika musim penularan wabak Covid 19. “Tolong perhatikan saudara mara setaman kita terutama warga tua. Sekiranya ada yang memerlukan bantuan beritahu sahaja. Saya akan cuba bantu.
“Nak keluar cari mee segera atau telur, boleh minta bantuan saya,” katanya menerusi grup Whatsapp sebuah taman perumahan. Malah, pemuda ini berharap agar semua pihak kekal tenang dan dapat memberikan inspirasi kepada orang lain melalui apa yang dilakukan itu. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
antonia12 replied at 18-3-2020 06:00 PM
I am very much impressed from your post. This is amazing information...Your blog is very creative ...
Skuau replied at 19-3-2020 03:27 PM
memasing kenai ka??? takut/risau ada yg amik kesempatan.
aderaderker replied at 19-3-2020 02:58 PM
Baguslah.
Tapi takut ada yg ambil kesempatan pulak.
Malaysia is bolehland.Tipu orang tua/oku pun t ...
ADVERTISEMENT