Gempar sebentar Malaysia apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Mari kita lapangkan dada dan minda, banyak aktiviti bermanfaat khususnya umat Islam boleh lakukan tanpa terlalu memikirkan rasa bosan terkurung.
1. Mempertingkat ilmu fardhu 'ain. Baik mengaku, selama ni banyak hukum-hakam agama yang kita tidak pasti, kan? Inilah masanya untuk kita 'mengaji' semula. Kaedahnya, cuba ikuti kelas agama secara atas talian dari para ilmuan dalam dan luar negara pilihan anda. Kelas atas talian tak pernah lagi ‘dibatalkan’. 2. Tadabbur al Quran. Setiap kali menjelang Ramadhan, ramai orang khatam al-Quran tapi jarang yang mahu mendalami maksud ayat-ayat suci. Apa kata kita cari kelas tadabbur Quran di Facebook atau Telegram dan cubalah istiqamah walau selepas tempoh 14 hari berakhir. 3. Qada' solat dan puasa. Mungkinkah zaman sekolah atau belajar dulu kita ada tertinggal solat atau puasa? Mari kita sama-sama muhasabah diri, cuba hitung jumlah hari puasa yang nak wajib diganti. Stok makanan usah dirisaukan jika kita pandai mengurus stok, jadi pilih saja apa menu berbuka puasa yang diingini. Pastikan menu adalah berbeza-beza tiap hari agar tekak tidak rasa bosan. 4. Muhasabah diri. Hidup kita ini sibuk sentiasa, apabila mati saja barulah kita dapat ‘berehat’. Nah, syukur Allah datangkan 14 hari ‘cuti’ untuk muhasabah diri, refleksi diri dan koreksi diri. 5. Membaca buku agama. Pernah atau tidak berlaku pada diri kita, dari hari pertama buku dibeli (usia buku sudah masuk tiga tahun), hanya dapat habis empat mukasurat sahaja sebelum disimpan semula di dalam almari hinggakan pasangan menegur akan ‘kemalasan’ itu. Nah, inilah masanya untuk kita tunjuk keazaman kita menghabisi senaskah buku agama pada pasangan masing-masing ya? 6. Mengeratkan silaturahim dengan saudara-mara. Biasalah manusia, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Ada masa kita sentap, bila kita cuba menghulur kemaafaan ada saudara yang turut sentap. Mari kita ambil peluang masa lapang ini dengan bertanya khabar melalui telefon. Akhiri perbualan dengn permohonan maaf dengan ikhlas. Kiambang pasti akan bertaut kembali. 7. Ambil kursus atas talian. Kita sering rasa diri serba kurang apabila bersembang dengan rakan sekerja. Terasa diri ini kurang ilmu, apalah yang dapat diharapkan dari ijazah 20 tahun yang lalu. Apa kata kita cuba “sign-up” pelbagai kursus atas talian seperti Udemy, Teacheable, WizIQ, Educadium, Ruzuku, LeranWorlds, Thinkific dan Skillshar. Pejam celik pejam celik dapat satu lagi ijazah. 8. Menulis. Sentiasa rasa diri tu ada bakat menulis. Cuba manfaatkan follower kita yang ramai di aplikasi seperti Facebook. Mungkin juga boleh cuba menulis untuk platform atas talian, mana tahu boleh buat pendapatan sampingan pula lepas ini. Selamat kita menikmati 14 hari cuti 'bergaji' anugerah dari Allah. Tingkatkan imuniti, jaga diri. - CARI |
Kurex replied at 18-3-2020 02:24 PM
Iols donlod game baru semalam
RatuDunia94 replied at 18-3-2020 10:43 AM
Duk rumah kemas2 rumah.. cuci tandas2 yg dh berkerak tu.. minyak2 yg dh mengeras kat celah2 dapur tu ...
Skuau replied at 18-3-2020 03:08 PM
day 1....(buat cam pilem...hehe)....msh baring lg...mlm td tido lambat... 3am....belum fikir apa2 lg ...
sarah82 replied at 18-3-2020 11:14 AM
Ang letak kaki tinggi lps tu tarik nafas.. Nikmati rehat dan tido yg mungkin selama ni tak cukup s ...
Skuau replied at 18-3-2020 03:17 PM
ptg nt rasa nak kemas cikit2...btw..tq...sis...
sarah82 replied at 18-3-2020 11:35 AM
No hal.. Bukan susah pun nak tido dan relax kan.
Skuau replied at 18-3-2020 03:40 PM
...dan kalo rasaaa boring sgt nt...mungkin(saja)..wa 'cari gaduh' ngn i am ph,dolgemok atau pyropu ...
mawar_mustika replied at 18-3-2020 10:50 AM
how i wish i blh cuti jugak
pagi2 dh heret kaki p opis...terpaksa lh bos dh bg arahan sbb kitora ...
sarah82 replied at 18-3-2020 10:56 AM
Game apa kurex.. Share plsss
Kurex replied at 18-3-2020 04:39 PM
Aku donlod game kanak2 je,lepas tu majalah gila2 online
salmon-suki replied at 18-3-2020 10:31 AM
Eratkn silaturahim sesama sedara tu boleh skip kot..sbb kita pun xpasti dorg bwk wabak tu ke x kan..
ADVERTISEMENT