CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pintu Belum Buka, Ramai Dah Tunggu Depan Pasar Raya

17-3-2020 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8112| Komen: 54

Ramai yang mengaku terpaksa bergegas keluar ke bandar seawal pagi lagi pada hari ini untuk memberi barang keperluan. 

Memetik laporan Harian Metro, situasi itu juga berlaku di sebuah pasar raya di Gua Musang apabila ramai mereka yang turut datang dari kampung pedalaman selepas perintah kawalan pergerakan dikeluarkan malam tadi. 


“Kita terkejut juga apabila menerima maklum arahan perintah kawalan pergerakan akibat penularan Covid-19 seluruh negara,” menurut Esah Abdullah, 42 yang mengaku bukan dia sahaja malah ramai penduduk kampung lain turut ke bandar pagi ini. 

Kredit foto: Projekmm

Dalam pada itu, menerusi tinjauan di laman sosial ramai netizen yang berkongsi gambar orang ramai beratur membeli barangan di pasar raya. 


Memetik laporan ProjekMM, antara yang tular termasuklah hantaran mengenai orang ramai mula beratur di pasar raya Giant Shah Alam di awal 7.30 pagi ini. 

Ada yang sanggup menunggu walaupun pintu premis masih belum dibuka. 

Difahamkan pembelian panik ini mula berlaku sejak semalam di kalangan rakyat Malaysia. - CARI 
1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 17-3-2020 02:54 PM
Ptg kang br pg beli... jgn la ramai org atau brg hbs
Quote DARSITA 17-3-2020 03:00 PM

Beli yang penting sahaja:- Beli beras, tepung, mee hoon, minyak masak, gas, sabun basuh baju.

Janganlah pagi petang siang malam makan nasi. Nasi utk malam sahaja. Siang goreng mee. Pagi buat lah lempeng kelapa ke, lempeng cicah sambal ke


:-)
Quote Dunhill. 17-3-2020 03:02 PM
[youtube]B0110-xVmjA[/youtube]
Quote dodolgemok 17-3-2020 03:04 PM
Alah...supermarket xtutup pon selama 14hari mendatang nnti. Time tu dah kosong, baru la gi beli brg ye dak?
Quote Nes3in1 17-3-2020 03:07 PM
Meol dan selamat beli beras ngan cucur adabi
Quote Themilo 17-3-2020 03:17 PM
meols nak balik kampung.. kalau susah sangat nak beli benda makan, keliling rumah ada ubi, pisang, pucuk paku.. kat reban ada ayam itik, telur pun ada..
Quote vee_zara 17-3-2020 03:24 PM
Themilo replied at 17-3-2020 03:17 PM
meols nak balik kampung.. kalau susah sangat nak beli benda makan, keliling rumah ada ubi, pisang, p ...

Seeloknya tak perlu balik kg. Ada org share cara islam, jangan masuk dan keluar dari kawasan sekiranya ada wabak berlaku. Tapi ada je kawan2 aku yg amik peluang balik kg. Jimat satu hal katanya sbb kat kg banyak makanan boleh dapat  tepi2 rumah. Tak payah beli. Anak beranak berhimpun kat kg. Semua free. Jangan sampai menyusahkan mak pak kat kg sudah la.
Quote vee_zara 17-3-2020 03:25 PM
dodolgemok replied at 17-3-2020 03:04 PM
Alah...supermarket xtutup pon selama 14hari mendatang nnti. Time tu dah kosong, baru la gi beli brg  ...

Panic buying happens sebab org takut hrga barang melampau tinggi. Especiall kedai2 runcit kat kg.
Quote Kurex 17-3-2020 03:30 PM
harap takde yg selfish beli beras banyakkkk
Quote kikuri 17-3-2020 03:36 PM
pegi pasaraya tadi memang ramai membeli tapi masih dalam keadaan yang berhemah takde pun borong mcm esok ko nak berperang... cina2 pun takde pulak tgk borong tisu banyak2... barang pun banyak lagi...taktaw la ptg camna...
Quote mongoose_kidz 17-3-2020 03:38 PM
vee_zara replied at 17-3-2020 03:24 PM
Seeloknya tak perlu balik kg. Ada org share cara islam, jangan masuk dan keluar dari kawasan sekir ...

aku rase org mcm ni selfish...dlm perjlanan balik kg tu entah mana korg singgah..org mana korg jmpa
pastu bawa balik ke kg..duk ngan mak ayah yg da tua...ko perabis pulak sayur2 n ayam itik diorg...cukup 14 hari tara....balik semula ke bndar..
n bnda paling pnting,klau semua balik kg x berjaya la social distancing ni..
klau budak u nak balik kg ok lagi..ni yg da berkeluarga beranak pinak duduk jela kat umah korg
nmpak gayanya majoriti rakyat malaysia anggap mcm dpt cuti free je..syg..jgn menyesal klau jadi mcm itali nnt
Quote Tunan 17-3-2020 03:39 PM
Hari ni kitrg beli kat kedai runcit mini.market je.. ramai betul..
Tauke kata, lagi ramai dr hari raya.

Stok baru byk masuk.  tauke sibuk betul kira stok. Anak tauke pun tolong jaga kaunter.

Semua pekerja pakai tutup mulut.
Tp pelik mini market ni yg beli org melayu je. Org cina agaknya shopping 3-troli terus kat tesco?
Quote MissyMolly 17-3-2020 03:40 PM
baru balik mbeli...total belanja RM24....tempat kita ok tk panik sgt kot...melambak lagi brg kat para...adik cashier kata malam tadi dgn pagi ni ad la juga sikit2situasi org panik memborong...

kwn2 sekerja pun ramai pakat dok rumah tak balik kg...hrp org lain pun bfikir gitu ya!beli setakat perlu...keluar pun apabila perlu
Quote Artemesiaa 17-3-2020 03:42 PM
Ramai yang tak faham antara perintah kawalan pergerakan dengan lockdown.  Ni kali pertama sekatan macam ni dikenakan pada orang ramai sejak sekian lama.  Dapat pulak info dari mereka yang salah mulalah masing2 jadi panic.  Sampai sesetengah pasaraya terpaksa buat slot khas buka awal setengah jam dari biasa untuk golongan warga emas dan oku membeli dulu.  Pada hal kedai supermarket buka je seperti biasa sepanjang dua minggu nanti.  
Quote Themilo 17-3-2020 03:44 PM
eh, ada yang trigger. tak ada kampung ke?

btw, meols duk JB.. so malam tadi habis barang2 diborong dek local & soprean. at least ni la masa nak bawa family duk kampung lama sikit. cuti raya pun tak lama macam ni tau..
Quote MFR_IN 17-3-2020 03:51 PM
Themilo replied at 17-3-2020 03:44 PM
eh, ada yang trigger. tak ada kampung ke?

btw, meols duk JB.. so malam tadi habi ...

jual ikan dapat apa?

Quote Madel 17-3-2020 03:54 PM

Keperluan kat rumah aku rasanya dah mencukupi dah kot.
Tak nak melebih2, nnti jadi membazir
3 org makan je pun..parents aku n aku aje
Abg aku petang nnti dah stay spore, boss dia suh masuk la pulak..1week duduk kapal, 1week lgi dok kondo.
So dah jimat 1 mulut kat rumah
Quote Boomibulat 17-3-2020 03:55 PM
Themilo replied at 17-3-2020 03:44 PM
eh, ada yang trigger. tak ada kampung ke?

btw, meols duk JB.. so malam tadi habi ...

i pun kena kat tred sebelah..mls nak ckp lebih2..
Quote RatuDunia94 17-3-2020 04:30 PM
For me kalau kampung dekat setakat 30 minit xde masalah nk balik maksudnya masih dlm daerah yg sama.. unless ko duk KL pastu gatal pepet nk balik kelantan sampai jammed mcm nak balik raya..

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.123772 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top