CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Takut Virus Lebih Dari Takut Tuhan," Fedtri Yahya Kena Kecam Pasal Apa Tu?

14-3-2020 09:30 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 11337| Komen: 31|Original author: intan

"Sabar jelah," Begitulah keluhan pengacara TV, Fedtri Yahya apabila pendapatnya mengenai isu kuarantin di tempat suci seperti Mekah dan Madinah diambil enteng oleh sesetengah pihak.


Semua sedia tahu mengenai penularan wabak Covid-19 yang semakin serius yang telah memaksa beberapa negara mengambil langkah untuk menutup pintu sempadan sebagai langkah pengawalan wabak daripada terus merebak.


Malah, baru-baru ini tempat suci umat Islam iaitu Mekah dan Madinah juga mengambil langkah mengekang kemasukan para pelawat untuk sementara waktu dalam usaha membendung kemudaratan kepada penduduk dunia.

Malah, di Malaysia, terdapat beberapa buah negeri mengambil langkah membatalkan solat Jumaat dan meminta semua para muslim untuk solat zohor di rumah.

Kredit foto: Carian Google

Namun, terdapat segelintir pihak yang menganggap tindakan tersebut seperti melampau dan seperti tindakan orang kafir. Seolah-olah kerajaan lebih takutkan penyakit daripada takutkan Yang Maha Pencipta, kata mereka.

Kredit foto: Carian google

Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati? 

"Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Islam itu mudah, dalam sudut lain, Islam memberikan keselamatan kepada jasad dan kerehatan kepada jiwa jika jasad gagal diselamatkan. Justeru, berusahalah menyelamatkan diri daripada bahaya penyakit, dan redhalah dalam hati kepada Allah jika gagal.Wallahualam. - CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 14-3-2020 10:14 AM
Ramai x faham lg
Quote munchkin 14-3-2020 10:21 AM
pergilah explain pada kawan ko rita tu.

ada pulak yg menyokong dia siap labelkan orang yg tak sokong bodoh. lol
Quote slyfynx 14-3-2020 10:24 AM
Gosip cari ni skrg penuh dengan komen kt twitter, komen kt IG, IG stories.
Bodo la
Quote Ladybird910 14-3-2020 11:13 AM
Nmpk sgt ko jenis yg rse Allah tu kat masjid surau je
Quote Nana_Man 14-3-2020 11:28 AM
munchkin replied at 14-3-2020 10:21 AM
pergilah explain pada kawan ko rita tu.

ada pulak yg menyokong dia siap labelkan orang yg tak so ...

I baca pun menyirap.. padahal free hair..
Quote munchkin 14-3-2020 11:30 AM
Ladybird910 replied at 14-3-2020 11:13 AM
Nmpk sgt ko jenis yg rse Allah tu kat masjid surau je

well saidddddd
Quote ilacantik 14-3-2020 11:36 AM
Ladybird910 replied at 14-3-2020 11:13 AM
Nmpk sgt ko jenis yg rse Allah tu kat masjid surau je

Yang paling best tu sis,ada yg rasa Allah ada kat Mekah je.Iols senyum sinis je bila ada yg cakap nak ke Mekah nak doa, siap package nak cuci dosa. Lupakah mereka dgn Solat Tahujid sepertiga malam itu.
Quote nono86 14-3-2020 12:23 PM
Ustazah cakap masuk taun kat situ penyakit/wabak.. bukan taun ciritbirit tu
Quote kikiharris 14-3-2020 02:23 PM
apalah kau makan sampai bengap mcm ni.

Sampai ke sudah tak faham konsep kemudaratan, darurat , nak kawal supaya tak merebak.  Susah sgt ke otak tu nak berfikir
Quote MissyMolly 14-3-2020 02:43 PM
entahlah... tawakkal tu perlu tp seiring usaha
Quote cHRy5LeR 14-3-2020 04:06 PM
Tapi ai kenot brain orang yang still nak travel time macam ni dgn alasan tempat nak pegi tu takde case {:question{:question

Dush dush {:freak
Quote dua_chzy 14-3-2020 04:10 PM
Penganut agama Samawi memang majoritinya bebal2 belaka. Lebih kurang ja kan pangai umat Islam tanahair dan umat gereja Korea Selatan?
Quote missbigrockstar 14-3-2020 04:55 PM
Jgn layan diorang fedtri. Diorang tu gila
Quote Armand2018 14-3-2020 05:25 PM
Cuba dia yang kena, gelupur tak. Takleh kerja , takleh contact family.
Quote munchkin 14-3-2020 09:02 PM
Banyaklah benda aku belajar. Baguslah ada org mcm di tred rota menyokong sembahyang jumaat jangan dibatalkan. Kenapa ianya dibatalkan. Kerana baru aku belajar di komen post rota.

Maqasid syariah feqh. Sorry kalau salah. La dharar la wa dirar.

“La dharar wa la dhirar”.
Maksudnya: “Tidak mudarat dan tidak memudaratkan”.
Dharar ertinya melakukan kerosakan terhadap orang lain sedangkan dhirar ertinya bertindak balas melakukan kemudaratan yang sama dengan kemudaratan terhadapnya. Maknanya, tidak harus bagi seseorang melakukan kemudaratan terhadap seseorang yang lain sama ada memulakannya atau untuk membalasnya.

Dlm kes covid.

Sama ngan mekah depa tutup. Ingat sana takde para ilmuan yg tinggi agamanya. Sesuka je persoal mufti dan pemerintah.
Quote munchkin 14-3-2020 09:13 PM
Nabi yg mulia yg ada mukjizat pesan kalau ada penyakit juzam larilah seperti lari dari singa.

Ni korang memandai lagi. Ada sebab kota mekah tu tutup. Org malaysia ni perasan dia lagi islam dari islam negara lain ka?
Quote Cassieopeia 14-3-2020 11:12 PM
zaman nabi dulupun suruh org yg berpenyakit kusta jauhkan diri utk elak jangkit kt org lain... yg kecam psl penutupan tu tak kne jangkit lg tu. dah jangkit bti jgn salahkan org plak
Quote armin 14-3-2020 11:15 PM
Mamat ni tak nak pergi wuhan ke? Dah elok pergi sana kata tak takut virus
Quote LautBiru52 15-3-2020 12:12 AM
Dari petikan riwayat tu pun kita boleh faham bahaya nya wabak. Hindarkan diri & jika berada dlm kawasan wabak jgn kemana-mana. Takut wabak akan tersebar. Jgn la selfish sgt. Takkan benda simple pun tak paham-paham

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.052836 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top