Benarkah pemakaian baju seksi punca utama kejadian rogol? Itu yang diperjuangkan oleh aktivis wanita ini yang mahu membuktikan sebaliknya. Menunjukkan baju-baju yang dipakai oleh mangsa ketika menjadi mangsa rogol sungguh membuka mata ramai orang. Manakan tidak, baju sekolah, baju kurung, baju kasual yang longgar jelas memaparkan penampilan mangsa yang jauh dari seksi. Malahan bayi dan kanak-kanak turut menjadi mangsa berdasarkan bukti baju tersebut.
Jadi, mengapa masih ada yang menyatakan wanita seksi berkemungkinan menjadi mangsa rogol? Rata-rata warganet turut bersetuju bahawa mangsa bukanlah terdiri daripada wanita seksi tetapi mereka yang langsung tidak mempunyai tarikan seksual. Selain itu, lelaki yang memiliki kecenderungan yang berbeza seperti 'fetish' pada jubah menyebabkan mangsa bukanlah wanita seksi. Bagaimanapun, masih ada di kalangan kaum lelaki yang tetap dengan pendiriannya bahawa wanita perlu menutup auratnya supaya terlindung dari pandangan lelaki. Walau apa pun, mangsa rogol boleh jadi siapa saja. Begitu juga dengan perogol yang kita tidak tahu latar belakangnya. Jadi, sentiasa berpesan kepada anak-anak dan wanita di sekeliling kita untuk sentiasa berhati-hati. - CARI |
Gingerly replied at 13-3-2020 12:01 PM
Ini semua adalah salah kaum perempuan. Kaum perempuan lebih ramai di neraka.
Lelaki adalah khalifa ...
Gingerly replied at 13-3-2020 12:01 PM
Ini semua adalah salah kaum perempuan. Kaum perempuan lebih ramai di neraka.
Lelaki adalah khalifa ...
akudansesuatu replied at 13-3-2020 03:04 PM
cerita dia macam ni sebenarnya...
yang tengok porno? lelaki..
lelaki ni jugak yang selalu cuci mat ...
ADVERTISEMENT