CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UMNO Gesa Kerajaan PN Segera Dakwa Suspek Pembunuhan Adib Di Mahkamah

13-3-2020 11:13 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2374| Komen: 5|Original author: Tukang Tulis

Kredit foto: Facebook

Walaupun selepas lebih setahun berlalu, suspek-suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden yang menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim masih belum dihadapkan ke mahkamah.

Allahyarham meninggal dunia selepas tiga minggu terlantar di hospital akibat kecederaan parah yang dialami akibat dipukul semasa bertugas di kawasan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, Subang Jaya pada 26 November 2018.

Prosiding inkues yang berakhir pada 27 Disember 2019 memutuskan bahawa kematian Muhammad Adib berpunca daripada perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.
Ahmad Zahid Hamidi. Kredit foto: Facebook

Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil tindakan segera terhadap kes tersebut.

"Menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap mereka yang dikaitkan dengan kes pembunuhan yang menyayat hati melibatkan anggota bomba, Allahyarham Adib," katanya dalam kenyataan yang disiarkan oleh portal UMNO Online pada 12 Mac.


Gesaan itu merupakan salah satu daripada enam perkara yang dikemukakan oleh Majlis Tertinggi UMNO kepada kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diambil tindakan segera.

Selain itu, UMNO menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat segala tuduhan salah laku dan penyelewengan yang dilemparkan oleh Pakatan Harapan (PH) terhadap Barisan Nasional (BN) dan pengurusan Lembaga Tabung Haji yang terdahulu.

Kerajaan juga digesa menilai semula keputusan penjualan secara lambak aset-aset strategik negara dan agensi-agensi berkepentingan rakyat termasuk Tabung Haji, Khazanah Nasional, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan semua syarikat milik kerajaan (GLC).

"Demi memenuhi prinsip Rule of Law yang sebenar, UMNO mendesak kes-kes penyelewengan yang dihentikan perbicaraannya oleh kerajaan PH dibuka semula, ini termasuklah kes skandal rasuah terowong dasar laut dan 3 lebuh raya melibatkan pemimpin DAP bernilai RM6.3 bilion," kata Ahmad Zahid.

Agenda kerajaan terdahulu di bawah PH untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) perlu dibatalkan kerana ia dilihat sengaja mahu mengongkong dan mengekang tugas serta tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kerajaan turut diminta membekukan keputusan pemberhentian kakitangan awam berstatus kontrak, dasar pengurangan kakitangan awam dan mengkaji semula dasar yang memastikan kebajikan penjawat awam terbela.

Diharap kerajaan yang baru dibentuk ini mengambil tindakan segera bagi memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap prinsip kedaulatan undang-undang. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 13-3-2020 11:41 AM
Semoga kerajaan baru ni lebih tulus dan ikhlas.
Quote albedah 13-3-2020 11:43 AM
Ni pehal nii
Quote Ina8895 13-3-2020 11:50 AM
Bukan suspek dah lari keluar ke?
Quote husna_amal 13-3-2020 03:47 PM
Harap kerajaan sekarang ni jangan bagi muka sangat dengan bangsa tersebut. Makin lama makin kurang ajar diorang tu.
Quote bizsari 13-3-2020 04:03 PM
yg ni aku Sokong

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.094617 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top