CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hand Sanitizer Dicuri Setiap Hari, Paling Banyak Di Kaunter Dan Sebelah Katil Pesakit

12-3-2020 06:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4697| Komen: 18

Kebimbangan terhadap penularan wabak Covid 19 nampaknya sehingga menyebabkan sesetengah pihak bertindak ganas.

Metro UK melaporkan ada yang sanggup mencuri cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer daripada hospital.


Ini kerana kebanyakan kedai yang menjual produk tersebut kehabisan stok buat masa ini dek permintaan terlalu tinggi. 

Laporan tersebut menyatakan seorang pegawai paramedik, Jayne Walters mendedahkan pencuri mengambil cecair pembasmi kuman itu yang diletakkan pada dinding hospital.

Kredit foto: Metro UK

Dia berkongsi situasi itu menerusi Facebook dengan menulis,

"Ini adalah situasi keadaan ini. Satu botol gel pembasmi kuman ditanggalkan dari dinding bersebelahan unit kanser! Tolong berhenti mencuri gel alkohol! Kami benar-benar memerlukannya."


Dalam pada itu, seorang wakil hospital mendedahkan hand sanitizer itu sememangnya menjadi 'mangsa' curi setiap hari.

Malah, ada yang lebih teruk sanggup mencuri botol hand sanitizer itu yang diletakkan di sebelah katil pesakit. 

"Banyak cecair tangan yang hilang dari katil pesakit kami dan dari meja penyambut tetamu", katanya. - CARI 

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antidote 12-3-2020 07:47 PM
Semoga yg mencuri tu dibalas dengan jangkitan covid19
Quote ellez 12-3-2020 07:48 PM
Oo..sampai camtu skli..
Kat stor opis tu ada je stok..sbb tgk sllu full je dlm auto hand sanitizer yg ada kt setiap dept..
Yg refill dlm spray kecik pn ada je kt tiap meeting room..
Iols pn klu nk abes dlm botol travel iols,minta je cleaner tlg refill..
Cuma klu nk oder mesti kne dlm kuantiti bnyk..iols pn xtau facility manager dia oder kt mna..
Quote CatMiow 12-3-2020 08:33 PM
Adoi...  Buruknye perangai.

Pentingkn diri betul.
Quote Jorja 12-3-2020 09:13 PM
Kt sini pun sama,orang pakai hand sanitizer kena kecam ocd n germ freak. Skrg bru thegeh2 muka tak malu Minta tiap hari.
Quote jasmeen 12-3-2020 09:43 PM
dah selalu sangat kena curik,ha bancuh sesudu clorox nisbah 500 ml air..pastu jangan lupa label ingredient apa kita taruk..ha curikla..
Quote mizruncing 13-3-2020 08:52 AM
mmg ade je orang mcm ni. same case kau pi kfc rembat botol sos cili. nasib skrg dh takde botol
Quote Bholatchomel 13-3-2020 09:00 AM
Teruknya perangai... Menyusahkan org lain..
Quote Cassieopeia 13-3-2020 09:36 AM
kt seblah katil pesakitpun nak curi
Quote Xim 13-3-2020 09:54 AM
mizruncing replied at 13-3-2020 08:52 AM
mmg ade je orang mcm ni. same case kau pi kfc rembat botol sos cili. nasib skrg dh takde botol

Adoi nostalgia betul...dulu2 kwn2 rembat....hahaha
Quote husna_amal 13-3-2020 09:54 AM
Masyarakat ramai terdesak sekarang. Harap cepat2 dapat hasilkan vaksin untuk virus ni.
Quote azimodin 13-3-2020 09:59 AM
teruknya perangai. kan doctor dah cakap basuh tangan dengan sabun frequently pon dah cukup
Quote mizruncing 13-3-2020 11:09 AM
Xim replied at 13-3-2020 09:54 AM
Adoi nostalgia betul...dulu2 kwn2 rembat....hahaha

pakcik meols pn
Quote Xim 13-3-2020 11:22 AM
mizruncing replied at 13-3-2020 11:09 AM
pakcik meols pn

X psl2 iol pnye beg jd mangsa....
Quote mamapea 13-3-2020 11:42 AM
skrg mmg hand sanitizer mcm pisang goreng panas...
aku beli kt airport jer ada...kt tmpt lain semua sold out...
Quote Belanga_Tefal 13-3-2020 04:39 PM
Kes ni jadi dekat belanga smlm... gamak sungguh depa curi hand sanitizer belanga hat dok gantung kt handbag belanga nih.. kita baik punya dok pilih kasut dan depa dok rempat! Bodo punya manusia!
Quote Artemesiaa 13-3-2020 04:49 PM
Bukan hand sanitizer je sesetengah pejabat tu mask yang pihak syarikat sediakan pun mereka rembat.  Yang peliknya waktu pejabat boleh kira berapa orang je yang gunakanya pastilah banyak berbaki lagi tapi yang pelik tak sampai berapa hari tutup2 boleh hilang dengan boxnya sekali mereka rembat.  Macam onyang dia punya reta ikut suka nak ambik.
Quote Supersirap 13-3-2020 06:49 PM
Semoga si pelaku menginsafi berbuatan yang garam itu
Quote Mommoo 30-4-2020 05:51 PM
Dah terbiasa sangat mencuri..menyusahkan orang..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.043374 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top