CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Baju 'Colour Block' Untuk Raya - Model Pakai Lawalah, Kalau Kita?

12-3-2020 11:17 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14759| Komen: 116



Walaupun puasa belum bermula tetapi ada yang sudah membuat persiapan raya. 

Pastinya yang paling dicari ialah baju raya. Tetapi, bayangkan trend baju kurung 2020 adalah dari corak berbeza dan juga 'colour block'! Pengsan atau trend semasa?

Ig

Itulah yang dibawakan oleh butik ini dengan menggandingkan padanan berlainan antara baju dengan kain yang berbeza corak dan warna. 

Twitter


Lebih menyerlah ialah kedua-dua warna sangat jauh berbeza atau kata mudahnya caca marba. Namun, disebabkan yang memakainya adalah kategori model dengan tinggi lampai serta wajah yang sedap memandang, ia terlihat cantik terletak.


Bagaimanapun, ia dinafikan oleh pemilik butik tersebut kerana mereka yang bukan model pun turut menyarung busana tersebut.

Ig

Selain itu, ada juga yang menambah kenapa perlu membeli dengan harga mahal hampir RM200 jika ianya boleh didapati dengan 'mix & match' baju sendiri sahaja.


Ig

Pelbagai versi diutarakan oleh warganet, ada yang bersetuju dan juga membangkang dengan hujah masing-masing.





Apa pun, jika anda berani, boleh sahaja menggayakannya. Jadi, sama-sama kita nantikan fesyen di hari raya nanti. Atau ada fesyen yang lebih berani nanti? - CARI 

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 12-3-2020 11:25 AM
Model pakai pun tak lawa, ingatkan pakia kain batik dengan kurung kedah tadi
Quote mosti 12-3-2020 11:29 AM
Aku pkai gini..jenuh aku nk kena mengadap kecaman jiran tetangga setahun.
Quote kucingitam 12-3-2020 11:32 AM
sorry, tak lawa langsung
Quote cahaya_almas 12-3-2020 11:33 AM
Tak cantik...
Quote makton 12-3-2020 11:33 AM
macam design zaman 60an. konon dah habis lawa la tu
Quote tipah89 12-3-2020 11:39 AM
xmemasal orang ingat ko kelam kabut x menyabo nak pi beraya pastu kau sauk je baju and sarung. Baju corak lain, kain corak lain. Baju tido anak seluar lain baju lain pon aku boleh murung sehari ni kan plak nak beraya pakai baju stail cenggini. boleh murung sepanjang syawal.
Quote 234126 12-3-2020 11:44 AM
Yang pakai tudung nampak jambul nampak sideburn tu dah kenapa? iol ingat2 lupa nama dia tapi memang kena keji berjemaah je dgn kwn2 iol. Not that she cares pun kan
Quote Tinot7 12-3-2020 11:48 AM
Sakit mata memandang
Quote EvieWanKenobi 12-3-2020 11:49 AM
nanti ada la yang pakai pastu viral..
Quote NekNgah 12-3-2020 11:53 AM
Ngah tahu IG boutique ni, siap follow lagi.  Berkira-kira nak beli tapi bila fikir balik macam fashion bermusim.  Tiba-tiba pagi tadi ada yang dah pakai kat office ni.

Macam mana nak buat baju raya, bila dah ada yang pakai.
Quote Peaches113 12-3-2020 11:54 AM
Kasi budak2 jer la weh pakai. Dah tua bangka, less is more la utk raya. Serabut
Quote KekDurian 12-3-2020 11:54 AM
Corak kain mcm baju2 dlm almari nenek aku je.. harga kemain.. klo atas/ bwah corak, then salah 1 kain kosong ok la..simple n nice..ni cam amik baju lain , pkai kain lain time ttup mata rushing dh lewat nk g kje je
Quote Meiizu 12-3-2020 11:55 AM
yg biru paling kanan tu je ok .. yg lain tu kalau pakai raya budak kecik nampak kita lari lintang pukang..mak mak adik tadi jumpa kakak gila mana tah
Quote jpbstarlife 12-3-2020 11:56 AM
not my type...
Quote cikatilia 12-3-2020 11:56 AM
korg imagine grup photo dlm tu ada 20 org semua warna warni serabut
elok bakar je gambar tuh
Quote KIM.K 12-3-2020 11:57 AM
Designer afrika yang buta warna
Gelojoh sangat nak colour statement
Baru merdeka ke ape
Quote airisa 12-3-2020 11:58 AM
NekNgah replied at 12-3-2020 11:53 AM
Ngah tahu IG boutique ni, siap follow lagi.  Berkira-kira nak beli tapi bila fikir balik macam fashi ...

apa ig nya? nak tgk
Quote chinatsu 12-3-2020 12:10 PM
terlalu jauh sangat corak antara baju dan kain..kalau ada persamaan corak baru ok
Quote RooneyMara 12-3-2020 12:14 PM
Model pakai pun tak lawa di mata iols.
Serabut lah

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.057591 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top