CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Misteri, Berbahaya dan Pelik - Ini 4 Kawasan Di Dunia Dilarang Untuk Dilawati

12-3-2020 12:21 PM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 7845| Komen: 26|Original author: PDOT777



Dalam dunia kita, ada tempat yang pernah dijejaki oleh manusia, tetapi telah ditutup untuk pelbagai tujuan, sama ada akibat fenomena semulajadi yang berbahaya ataupun untuk tujuan penyelidikan. 

Ini adalah kawasan di dunia yang dilarang untuk dilawati oleh manusia.


Pulau Heard, Australia

Pulau Heard
Kredit foto: Lima Pulau Terpencil Dunia, Salah Satunya di Indonesia, ayobandung.com

Agak pelik kenapa pulau ini milik Australia. Jarak pulau Heard dengan Perth di Australia ialah 4,099km, sangat jauh dari negara itu. Ditemui pada pertengahan abad ke-19, pulau ini milik Australia sejak 1947. Tiada manusia yang ada di pulau ini, melainkan haiwan-haiwan seperti anjing laut, penguin, dan burung-burung laut. Hanya tanaman rumput dan lumut sahaja yang ada di pulau ini.

Iklim adalah sangat sejuk di pulau ini. 80% daripada pulau ini dilitupi ais. Purata suhu di sini adalah sejuk, dengan 3.7-5.2 darjah Celsius untuk musim panas, dan -0.8-0.3 darjah Celsius untuk musim sejuk. 

Pulau ini juga tidak boleh dilawati kerana menempatkan gunung berapi yang aktif, iaitu Gunung Berapi Mawson. Dilaporkan, gunung ini sering meletus, menjadikan kawasan sekeliling sangat berbahaya, ditambah dengan pulau Heard yang kecil dengan keluasan sekitar 368 kilometer persegi sahaja.

Pulau Heard dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1997.


Fort Knox

United States Bullion Depository, atau The Vault (Fort Knox)
Kredit foto: Fort Knox Gold, https://www.bullionbypost.co.uk/

Terletak di Kentucky, Fort Knox yang juga dikenali sebagai The Vault, ialah tempat simpanan emas milik Amerika Syarikat. Dilaporkan yang lebih daripada separuh simpanan emas milik negara ini disimpan di Fort Knox. Dengan keluasan 441 kilometer persegi, kawasan ini dinamakan sempena nama Setiausaha Perang Amerika Syarikat yang pertama, iaitu Henry Knox.

Memetik sumber dari tahun 2018, Fort Knox menyimpan emas seberat 147.3 juta auns, dengan pertukaran ke mata wang sebanyak 190 billion dollar secara kasar.

Simpanan emas yang banyak di Fort Knox
Kredit foto: https://www.itl.cat/wallview/ihiohih_gold-bars-fort-knox-gold-reserve/

Kawasan ini dijaga dengan sangat ketat oleh pihak U.S Mint Police, yang mula ditubuhkan pada tahun 1972. Dalam kalangan presiden Amerika, hanya mantan presiden, Franklin Roosevelt yang pernah masuk ke Fort Knox.


Bohemian Grove

Gambar lama yang diambil di kawasan Bohemian Grove
Kredit foto: The CIA, Bohemian Grove, Tom Clancy (and the Fake Moustache), spyculture.com

Kawasan yang seluas 2,700 ekar ini terletak di 20601 Bohemian Avenue di Monte Rio, California di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh sebuah kelab persendirian dari San Francisco iaitu Bohemian Club, Bohemian Grove menganjurkan minggu perkampungan melebihi dua minggu untuk lelaki-lelaki yang terkenal dari seluruh dunia.

Ahli muzik, pemilik bisnes, pegawai kerajaan, eksekutif senior media, orang-orang yang berkuasa, termasuk bekas-bekas presiden Amerika, semua akan mendaftar dengan kelab Bohemian dan menikmati perkampungan di sini, dan TIADA wanita yang dibenarkan. 

Dibangunkan sejak 1878, Bohemian Grove menerima anggaran kunjungan seramai 2500 orang yang ternama setiap tahun.


Pulau Poveglia, Itali

Pulau Poveglia
Kredit foto: Poveglia Island and its Haunting History, https://www.historicmysteries.com/

Dilabel sebagai neraka di Itali, Poveglia merupakan pulau untuk membuang mayat. Kenapa begitu?

Pada 1576, Itali pernah diserang wabak penyakit black plague. Penyakit ini berpunca daripada penyebaran kuman Yersina pestis, yang merebak melalui udara, serta melalui gigitan tikus dan hama yang dijangkiti.

Gigitan daripada tikus salah satu punca wabak black plague
Kredit foto: Awas! Jangan Salah Makan, Makanan Lezat Ini Ternyata Berbahan Tikus, https://makassar.tribunnews.com/

Difahamkan, mayat-mayat penduduk yang diserang wabak ini dibawa ke Pulau Poveglia. Ada yang membakar mayat itu, dan ada yang membuang mayat begitu sahaja. Tidak kira bayi, anak kecil mahupun orang tua, jika ada yang positif dijangkiti, mereka akan dibawa ke pulau ini untuk dibiarkan mati.


Ilustrasi mengenai wabak black plague yang melanda 
Kredit foto: Pandemic: The Deadliest Disease Outbreaks in History, https://www.gentside.co.uk/


160,000 nyawa terkorban di sini, dan difahamkan juga yang sebuah rumah sakit jiwa pernah didirikan di sini, dan doktornya adalah gila kerana bereksperimen menggunakan pesakitnya. - CARI 
3

Bagus
3

Marah
12

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cahaya_emily 12-3-2020 12:38 PM
Wow this is interesting..i wish i could get to knox and have 1 or 2 of that gold bars!wohoo!
Quote yuki812 12-3-2020 12:38 PM
Bohemian grove tu sume lelaki..
gay ke..
Quote sarah82 12-3-2020 12:55 PM
Pulau ular kat brazil
Quote Themilo 12-3-2020 12:55 PM
yuki812 replied at 12-3-2020 04:38 AM
Bohemian grove tu sume lelaki..
gay ke..

Bohemian grove yang dipenuhi lelaki tu memang sesuai buat @Kurex
Inzal dia siang malam diulit lelaki dari seluruh dunia
Quote Kurex 12-3-2020 01:00 PM
Themilo replied at 12-3-2020 12:55 PM
Bohemian grove yang dipenuhi lelaki tu memang sesuai buat @Kurex
Inzal dia siang malam diulit le ...

kalau boleh jangan ada tua kedut la.. biar semua dekat situ muda belia....
Quote n0n0n0 12-3-2020 01:28 PM
Pulau Poveglia tu nmpk cantik sgt. Rupanya ada mayat ya. Sungguh tak sangka.
Quote Kuasaberganda 12-3-2020 02:11 PM
yuki812: Bohemian grove tu sume lelaki..gay ke..

mungkin juga atau more than that sejenis melayan ritual ritual pelik barangkali.
Quote husna_amal 12-3-2020 02:53 PM
banyaknya jongkong emas.....
Quote CatMiow 12-3-2020 02:53 PM
Boleh jadi gila masuk gudang emas tu...

Kaya gila amerika ni,  dah tu tamak lagi nak kuasai telaga minyak dan nuklear.

Quote seri_mawr 12-3-2020 02:56 PM
mungkin kah Italy akan buang pesakit Covid ke pulau tu klu semakin x boleh di kawal..??
Quote Bholatchomel 12-3-2020 04:31 PM
menarik... ngeri plak baca pasal pulau kat italy tu..
Quote yuki812 12-3-2020 04:42 PM
Themilo replied at 12-3-2020 12:55 PM
Bohemian grove yang dipenuhi lelaki tu memang sesuai buat @Kurex
Inzal dia siang malam diulit le ...

makesure @Kurex buat live dari sana ye tuk tatapan forumer yg merindui kurex..
Quote Kurex 12-3-2020 04:45 PM
yuki812 replied at 12-3-2020 04:42 PM
makesure @Kurex buat live dari sana ye tuk tatapan forumer yg merindui kurex..

masa tu pakaian ke mana, hp kemana... tak sempat nak live
Quote Artemesiaa 12-3-2020 04:46 PM
Menarik infonya
Quote Supersirap 12-3-2020 05:49 PM
Nice info tt
Quote jasmeen 12-3-2020 06:40 PM
MENARIKNYA YG KAT OZ TU
Quote doubleA 12-3-2020 08:27 PM
Pulau italy tu banyak yang mati
Quote any42 12-3-2020 08:53 PM
bohemian grove tu p sna bt aktiviti ape. ye ke xde pompuan
yg kt italy tu cantiknya tp tmpt buang mayat bpnyakit pulak.
Quote Amigurumi 12-3-2020 11:25 PM
How about The Dome Marshall Island? Radioactive waste.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.054727 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top