Elizabeth tan, nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan kerana berbakat besar dan juga cantik dipandang mata. Elizabeth Tan atau lebih gemar disapa sebagai Lizzy sering saja memuat naik gambar dirinya yang ternyata menarik ramai perhatian lelaki kerana selalu berimej seksi dan menggoda.
Walau bagaimanapun, Lizzy tidak pernah menganggap foto yang dikongsinya itu keterlaluan malah menafikan dakwaan bahawa dia sengaja berpakaian sedemikian untuk 'mengumpan' lelaki. Ketika ditemui Berita Harian Online, dia merasakan tiada salahnya kalau dia ingin berpakaian mengikut citarasa kerana dirinya masih muda. Lizzy juga yakin ibunya sendiri akan menegur jika cara pemakaiannya itu keterlaluan. "Saya bukan pakai terlalu seksi seperti bintang k-pop yang mengenakan baju singkat. Saya tidak akan muat naik foto jika berpakaian begitu," ujarnya lagi. Meskipun sering saja menampilkan pelbagai gaya seksi, Lizzy bagaimanpun menafikan dirinya itu sebagai 'simbol seks'. Malah, dia mengakui tidak mengambil pusing dengan komen serta kritikan berkaitan penampilannya kini. Biasalah kan, masih muda pula tu, pastinya ingin bergaya dan tampil dengan sesuatu yang berbeza. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|