Nampaknya lagu kumpulan Bunkface, 'Akhir Zaman' mengundang pelbagai kontroversi dalam kalangan netizen. Terbaharu, pelakon Sweet Qismina melontarkan pendapatnya mengenai golongan yang disebut dalam lirik lagu tersebut. Sweet menyatakan puak LGBT terlalu sensitif hinggakan sanggup menurunkan lagu Bunkface di platform media sosial walaupun mereka minoriti. Dari perasaan kasihan ianya berubah pada meluat kerana sikap segelintir LGBT ini. Bagi Sweet, puak ini beranggapan mereka tertindas tetapi mereka juga yang mengacah-acah jadi mangsa membuatkan dia menyampah dengan drama itu. Rata-rata netizen setuju dengan pandangan tersebut. Hanya kerana sepotong ayat "LGBT boleh pergi mampus" menyebabkan ramai puak yang panas bontot hingga di Youtube dan Spotify pun lagu tersebut ditarik balik. Bagaimanapun, ada juga yang melenting dengan menyatakan pendapat Sweet berat sebelah. Wah! Berani mati ya semua berhujah di media sosial. Baguslah Sweet menyatakan pendapatnya. Semua orang berhak memberikan pandangan masing-masing. Tetapi bila dikritik, terima sahaja sebagai asam garam kehidupan. - CARI
|
kucingTomey replied at 10-3-2020 03:02 PM
Betul la tu..puak lgbt ni dia kalau mrngutuk org lain..krmain lagi..bila org tiaw ouak2 dia terus me ...
ADVERTISEMENT