Semua dah tahu Ayda Jebat sedang angau bercinta dengan Nabil Mahir. Bukan main sweet, ke hulu ke hilir asyik bersama. Di Instagram, Nabil ada memuat naik gambar dia menyuap pisang ke mulut kekasihnya itu.
Kapsyennya, "Sumbat je sebab susah sangat nak makan buah. Sapa tak suka makan buah gak?"
Nampak macam biasa tapi bila tengok di rungan komen, ramai pula yang berasa kurang senang. Ramai yang menyifatkan perbuatan tersebut tak senonoh dan seolah-olah sengaja mencari perhatian. Bagi yang tak faham, pisang mempunyai maksud yang tersirat dan sering dikaitkan sebgai simbol kemaluan lelaki. Dalam ramai yang mengeji, pasti ada yang memuji. Tak putus doa agar Nabil dan Ayda segera berkahwin.
Kan dah tahu perangai Nabil dan Ayda memang 'gila-gila'? Apa nak hairan, tak begitu? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|