Semua pasti mengenali Datuk Seri Vida yang merupakan usahawan wanita terkenal di Malaysia ini. Bukan sahaja terkenal kerana bisnesnya tetapi disebabkan oleh pelbagai kontroversi yang sering ditimbulkan olehnya hampir saban minggu.
Selain daripada DS Vida, anak perempuan tunggalnya iaitu Cik B juga adalah sangat popular dalam kalangan rakyat tempatan. Apa sahaja yang dilakukannya sering mendapat perhatian ramai. Mempunyai personaliti yang sempoi sehinggakan kanak-kanak ini tidak segan untuk berdepan dengan Diva AA, Azwan Ali untuk menegur kelakuannya yang tidak sensitif. Kalau anda nak tahu, Cik B juga sangat popular di Twitter. Baru-baru ini, seorang individu telah memuat naik satu entri di laman media sosial tersebut dan menyatakan bahawa dia mempunyai 'crush' terhadap anak DS Vida itu. Pun begitu, Cik B telah membalas pengakuan cinta itu dengan jawapan yang samar-samar iaitu, "Awak kan tahu... yang saya...." Netizen yang melihat jawapan tersirat Cik B itu mula mempunyai pemikiran yang meliar dan menebak bahawa dia sebenarnya sukakan kaum sejenis. Habis penuh ruangan komen entri tersebut dipenuhi dengan tanggapan yang mengejutkan itu. Selepas asyik di'serang' dengan komen mengenai perihal orientasi seksualnya, Cik B telah menidakkan tebakan netizen dan mengatakan bahawa dia bukanlah seorang lesbian. Segelintir daripada netizen lain mengagak maksud tersirat Cik B ialah kerana dia adalah seorang kanak-kanak bawah umur, jadi tak manislah nak keluar 'dating' dengan orang dewasa. Tak kurang juga ada yang kata mesti DS Vida tak bagi anak perempuannya itu memilih lelaki sewenang-wenangnya. Liar betul pemikiran korang. -CARI
|
tupperwarepink replied at 9-3-2020 12:08 PM
budak laki tu da kenapa nak crush crush
helicornia replied at 9-3-2020 12:11 PM
kecik2 dh pandai jd jantan gold digger yach
ADVERTISEMENT