Bimbang dengan penularan wabak Covid-19, Twitter Inc dilaporkan menggalakkan semua kakitangannya di seluruh dunia untuk bekerja di rumah. Difahamkan, terdapat seramai 5,000 orang pekerja syarikat media sosial itu di seluruh dunia.
Memetik laporan The Verge, cadangan untuk bekerja di rumah itu bermula selepas syarikat tersebut menggantung semua perjalanan yang 'tidak kritikal' untuk pekerjanya. Ini termasuklah menarik semula penganjuran persidangan Selatan oleh Soutwest yang dijadualkan berlangsung di Austin, Texas hujung bulan nanti. Pekerja terutamanya di Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan diwajibkan bekerja dari rumah, kata syarikat ini.
Namun demikian, pejabat di negara lain tetap dibuka untuk mereka memilih untuk masuk atau sebaliknya. “Kami sedang berusaha untuk memastikan mesyuarat dalaman dan tugas penting lain dioptimumkan disertai dari jauh,” kata syarikat itu. - CARI |
ADVERTISEMENT