CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Suka Menuduh Tanpa Usul Periksa" - Mamat Sepah Buka Mulut Isu Jep, Shuib Tak Hadir Majlis

4-3-2020 12:44 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 16629| Komen: 62

Kredit foto: Instagram Mamat Sepah


Sejak kembali aktif di media sosi@l, ada saja isu  yang ditimbulan Azwan Ali.

Belum pun selesai kes saman dengan Dato' Vida, baru-baru ini, Azwan Azli memuat naik beberapa kicauan di Twitter berbaur kemarahan terhadap kumpulan Sepahtu dianggotai Jep dan Shuib.

Ramai berpendapat Azwan terasa hati selepas gayanya diajuk Jep dalam episod terbaru Sepahtu Reunion.

Kredit foto: Twitter Azwan Ali

Menerusi ciapan itu, dipercayai Jep dan Shuib tidak hadir di majlis perkahwinan Mamat iaitu bekas ahli kumpulan Sepah.

Akibatnya Jep dan Shuib dikecam warga maya.


Menyedari perkara itu, Mamat Sepah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Kredit foto: Astro Gempak


“Jangan tuduh sahabat-sahabat saya macam tu, mereka ada hubungi saya menerusi panggilan video satu jam sebelum saya bernikah.

Saya sedih apabila ‘adik beradik’ saya, Jep dan Shuib dikatakan sengaja tidak hadir dan lupakan saya.

Nasihat saya, kalau tidak tahu apa-apa janganlah bercakap sesuka hati. Selain mengguriskan hati orang lain anda juga menambah dosa sendiri,” katanya menerusi Astro Gempak.


Menurut Mamat, anggota Sepahtu menghubunginya dan mengucapkan tahniah serta memohon maaf tidak dapat hadir kerana terikat dengan komitmen program Sepahtu Reunion Live.


Lagipun kata Mamat, dia ada bertemu Jep seminggu sebelum bergelar suami.

“Kami ada berjumpa dan dia ucap tahniah dan beritahu awal tidak dapat hadir ke majlis saya nanti. Sebab itu saya kata, jangan suka menuduh tanpa usul periksa,” katanya.

Itulah. Suka nak jadi batu api. Tak baik tau.- CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 4-3-2020 12:46 PM
mamat ni, kalau diwangikan, memamng helok ranum tambah pulak dgn ketinggian dia
Quote RatuDunia94 4-3-2020 12:52 PM
Kurex: mamat ni, kalau diwangikan, memamng helok ranum tambah pulak dgn ketinggian dia


Ye ke sis.. 2-3x iols duk belek2 tertonggeng2 telepon duk cr celah mana yg heloknya mamat ni??
Quote umbut 4-3-2020 12:54 PM
Mamat xda simpan dendam walau kena buang dari sepah... masih baik.. x boleh masukkan mamat balik ke....dah kahwin ni jgn gatai cam dulu2 mamat.. fokus kerja
Quote Adelisa 4-3-2020 12:55 PM
Kurex replied at 4-3-2020 12:46 PM
mamat ni, kalau diwangikan, memamng helok ranum tambah pulak dgn ketinggian dia

dwangikan tu sekali pakej bt gigi la ye gigi dia mancung jgk..tp muka cmni pn bini lawaaaaa ok ahh
Quote beatgirlX 4-3-2020 12:58 PM
Haa..sapa yg terside AA tu..nasib laaa .
Ni penjelasan si tuan punya badan..
Auchhh
Quote Kurex 4-3-2020 01:23 PM
Adelisa replied at 4-3-2020 12:55 PM
dwangikan tu sekali pakej bt gigi la ye gigi dia mancung jgk..tp muka cmni pn bini lawaaaaa ok ahh

gigi macam ni boleh buat sesetengah orang nampak manis.. contoh, ucop
Quote cikatilia 4-3-2020 01:33 PM
si sotong gemok tu dtg2 kenduri sempat pulak nak kaji sapa dtg etc

Quote hyie 4-3-2020 01:40 PM
Kurex replied at 4-3-2020 12:46 PM
mamat ni, kalau diwangikan, memamng helok ranum tambah pulak dgn ketinggian dia

ala2 tall, dark, n hemsem gitulah khuens...daddy kj tetap menjadi pujaan tiberrrr
Quote edoraixora 4-3-2020 01:51 PM
Selain mengguriskan hati orang lain anda juga menambah dosa sendiri


aku suka ayat mamat ni...tibahh
Quote Themilo 4-3-2020 02:01 PM
Kurex replied at 4-3-2020 04:46 AM
mamat ni, kalau diwangikan, memamng helok ranum tambah pulak dgn ketinggian dia

selisih!!! takut la taste uols nih.. meols pernah jumpa heols 2-3 kali.. kat R&R, kat area Kulai & jadi retis jemputan company meols.. tak rembes langsung..
Quote Megikari 4-3-2020 02:04 PM
Lepas ni siap la makhluk tu hamun si mamat ni pulak
Quote Kurex 4-3-2020 02:06 PM
Themilo replied at 4-3-2020 02:01 PM
selisih!!! takut la taste uols nih.. meols pernah jumpa heols 2-3 kali.. kat R&R, kat area Kulai & ...

uols.. sebab dia tak diwangikan.. cuba uols wangikan dia..
Quote jijilaaa 4-3-2020 02:13 PM
wife nya polis kan? ko jgn macam2 mat kang masuk lokap..balik la ke industri...boleh laku lagi ni mat...
Quote Ladybird910 4-3-2020 02:16 PM
Asal jep dgn shuib xmo mamat lgsg ek? Even for prog skrg pon rela amik rahim dgn pak ya je..isu payment ke
Quote silampumeja 4-3-2020 02:20 PM
Kurex replied at 4-3-2020 04:46 AM
mamat ni, kalau diwangikan, memamng helok ranum tambah pulak dgn ketinggian dia

ade satu time dia kelihatan bersih dan ok sikit berbanding sekarang...

pelik si AA ni sibuk apikan org... memang betul pun jep ngan mamat ada jumpa sebelum dia kawin....

lagi pulak diorang dah dengan life masing masing... tapi tak bergaduh ...itu je lah...

dosanya lah si AA ni oi duk ngapi2
Quote one_suria 4-3-2020 02:31 PM
Anyway.. tahniah la ya Mamat
Quote buapakperut 4-3-2020 02:51 PM
busuk nau pengantin
Quote simatakucing 4-3-2020 02:54 PM
Tahniah mamat
Quote nuhanis 4-3-2020 03:04 PM
Alangkan si ben amir yg hensem pun, kalau biar rambut lepas mengerbang selekeh jadinya, ini kan pulak si mamat ni, ce ikat rambut leklok waktu hari bersejarah tu.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.109592 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top