CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Tak Mungkin Bersama' - Berderai Air Mata BCL Saat Judika Buat Persembahan

4-3-2020 09:40 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 5601| Komen: 19|Original author: Oleh: top5complete

Tamparan hebat buat Bunga Citra Lestari di atas kehilangan suami tercintanya Allahyarham Ashraf Sinclair. Walaupun masih dalam fasa berduka, BCL tetap memastikan dirinya sentiasa profesional dalam kerjaya. 



Foto: YouTube

Selepas membuat persembahan di konsert Ronan Keating pada Sabtu lalu, penyanyi itu kembali menggalas tugas sebagai juri di Indonesian Idol.

Studio menjadi sebak apabila Judika menyanyikan single terbarunya Tak Mungkin Bersama membuatkan BCL menangis tanpa henti.



Menurut Judika, lagu tersebut dibuat untuk mereka yang kehilangan orang tersayang dan ditujukan khas buat sahabat baiknya iaitu BCL.



Foto: Instagram Bunga Citra Lestari

Ari Lasso yang juga salah seorang juri dalam rancangan nyanyian tersebut turut bangun dan memeluk BCL yang begitu sedih mengenangkan pemergian suami tercinta.

Selepas Judika habis menyanyi dia juga sempat memuji sahabat baiknya itu, seorang wanita dan ibu yang kuat dan tabah serta layak dijadikan idola di seluruh dunia.


Foto: Instagram Bunga Citra Lestari

Pemergian Ashraf Sinclair akibat serangan jantung pada 18 Februari nyata mengejutkan industri hiburan Malaysia dan Indonesia. Semoga BCL terus tabah dan kuat menghadapi ujian hidup. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meisapoya 4-3-2020 09:44 AM
Sian BCL. Eloknya dia dok rumah je. Sedih la tengok dia gitu..
Quote Mz1271 4-3-2020 09:48 AM
sedihnyaaa...bila terlalu mencintai mmg perasaan xboleh diselindung lagi...
Quote kuzaime 4-3-2020 09:54 AM
Lirik pun macam setepek kena dekat situasi dia skrg, dlm dia cuba bertahan pun x mustahil berderai jugak air mata
Quote chicozinn 4-3-2020 10:05 AM
weyh, bagi la BCL ruang utk dia bertenang..kalu aku jadi mak BCL, aku da soh PA BCL pulangkan balik duit payment Indon Idol biarla BCL n Noah g mana2 utk tenangkan fikiran..bukan kejap tau nak hadap kematian ni, 2mgu tu terlampau awl sgt utk jadi tenang..
Quote RatuDunia94 4-3-2020 10:19 AM
Ramai netizen indon kecam Anang sbb duk diam kaku kat sebelah. Sementara memuji Ari lasso yg hulutkan pelukan kat BCL. Terbalik yach dgn netizen malaysia..
Quote RumiMenari 4-3-2020 10:31 AM
Tak boleh duduk rumah & "sembuhkan" diri dulu ke.. bcl masih fragile lg so semua benda waima kucing lalu sebelah pun akan terkait/terkenang pasal arwah.. yg rapat dgn dia tolonglah jgn butakan mata biarkan bcl ni ke arah depression.. btw letih la thread mcm ni...
Quote noor2 4-3-2020 10:33 AM
X pe. ..lama2 bcl ni akan lagi kuat. .daripada duduk rumah. ..meratap. ..lagi elok dia keluar. .sedih tu akan hilang hari demi hari. ....
Quote armin 4-3-2020 11:10 AM
Sedihnya.. asyraf mesti layan dia baik sgt kn
Quote pjade 4-3-2020 11:30 AM
chicozinn replied at 4-3-2020 10:05 AM
weyh, bagi la BCL ruang utk dia bertenang..kalu aku jadi mak BCL, aku da soh PA BCL pulangkan balik  ...

Management team BCL ni pun satu. Even if BCL nak jugak pi "kerja", cakap baik2. Advise dia agar ada masa untuk let go grief. Tak perlu nak paparkan dia kat public eye buat masa ni. Takkan la kurang harta kalau bagi BCL rehat 1 bulan. And BCL pun, nothing to prove, honey, you just lost a life partner. Duit boleh cari. Kesihatan mental ni kena jaga juga.

Quote chicozinn 4-3-2020 11:38 AM
pjade replied at 4-3-2020 11:30 AM
Management team BCL ni pun satu. Even if BCL nak jugak pi "kerja", cakap baik2. Advise dia agar ad ...

tau xpe, risau BCL mungkin bunuh diri ke sebab dia da xtahan lagi tensen xde arwah kat sisi dia..actually next to arwah cm BCL memang betul2 kena jaga mental dia tau..memang paling down skang ni BCL sebab tu somi dia pasangan dia..cm mak arwah bukan nak ckap xpenting tapi still ade pak mat with him..aku mampu doakan salah sorang fam belah ashraf baca forum ni n please take action sebab orang yg tengah kecewa ni most likely boleh end up dengan membunuh diri..smoga unge tabah ya..

Quote Artemesiaa 4-3-2020 12:51 PM
Elok dia lari sekejap dari suasana kebiasaan hariannya kalau dia nak cepat bangkit semula.  Lari duduk KL atau mana2 sementara pun ada baiknya dari kat sana semua benda dia pandang dan dengar akan buat dia rasa sedih.
Quote BuBuComey 4-3-2020 01:23 PM
Emosi tgh fragile lagi tu. Kesian dia. Entah2, tetiap malam nangis teringat suami
Quote BuBuComey 4-3-2020 01:28 PM
I kenot la tgk vid tu. Dengan meols skali teriak
Quote Mejami 4-3-2020 04:52 PM
meisapoya replied at 4-3-2020 09:44 AM
Sian BCL. Eloknya dia dok rumah je. Sedih la tengok dia gitu..

xboleh juga..mesti setiap sudut rumah tu terpandang2 suaminya..lagi stress  ooo
Quote Telolet 4-3-2020 05:29 PM
tv indon pon bongok siap dok zoom2 muka sheols. nampak sangat nak rating. sian la bcl.
Quote diss69 4-3-2020 06:58 PM
Mestilah sedih, kira baru lagi tu.. Moga BCL terus kuat n tabah hadapi hari2 mendatang..
Quote Afifi82 4-3-2020 11:52 PM
Oh Bunga..  
Quote Scheherazade 5-3-2020 11:40 AM
Semoga BCL terus tabah. Mmg sedih sbb loving giler arwah dgn dia. Kwn aku, lps arwah ayah dia dikebumi, mak dia terus pindah duduk dgn dia. Sampai skrg blm sanggup balik
Quote ina_na 8-4-2020 02:48 AM
chicozinn replied at 4-3-2020 11:38 AM
tau xpe, risau BCL mungkin bunuh diri ke sebab dia da xtahan lagi tensen xde arwah kat sisi dia..a ...

Kwn bapak aku dl anak dia meninggal dl sbb eksiden.. Mmg dia Sedih.. Org srh cuti dia p keje gak...sbb dia kata nak bg ilang rs kehilangan.. Dlm 6bulan gitu pak cik ni pun pg. Org ckp sbb dia buat keje tp bdn x stabil lg.. Kn rehat...terlampau push nanti merana diri

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.082733 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top