IDRIS (tiga dari kiri) diberi penerangan oleh Reza (tiga dari kanan) mengenai komponen enjin kereta elektrik jenis Renault pada majlis pelancaran Stesen Pengecas Kereta Elektrik di Banda Hilir, Melaka kelmarin. MELAKA, 15 Oktober - Jabatan dan agensi kerajaan di negeri itu disaran menggunakan kereta elektrik sebagai kenderaan rasmi sebagai usaha menyokong hasrat kerajaan negeri ke arah mencapai negeri bandar teknologi hijau. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pada peringkat permulaan ini, beliau ingin mencadangkan mana-mana jabatan yang ingin menambah kenderaan rasmi supaya menimbang untuk menggunakan kereta elektrik. Menurut beliau, usaha berkenaan adalah langkah awal dalam membudayakan penggunaan teknologi hijau dalam kalangan rakyat memandangkan stesen pengecas kereta berkenaan telah mula dibangunkan secara berperingkat di beberapa lokasi di negeri itu. "Penggunaan kereta elektrik ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi membudayakan penggunaan teknologi hijau yang telah diguna pakai di negara-negara maju," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Pengecas Kereta Elektrik pertama di negeri itu di Banda Hilir di sini kelmarin.
|
boyagombak posted on 16-10-2013 11:29 AM
basikal letrik pun dalam rm 2k boleh dapat. Boya dah test bawak. Bole pergi dalam 40-50km/ph.
Ada g ...
Juadah posted on 16-10-2013 11:35 AM
Kat mana jual basikal camner boya. sory la kalu i ketinggalan. macam best pulak dengar kayuh beska ...
boyagombak posted on 16-10-2013 12:01 PM
Juadah dudok maner.
Kat kedai Motor lain lum ada nampak lagi.
Ada satu kedai motorbike dkt Taman ...
Juadah posted on 16-10-2013 12:20 PM
wah..lengkap info u boya. tQ. Nanti i nak cari kedai tu.
I kalu ada bonus terlebih, ingat nak ...
ADVERTISEMENT