"Kalau ikutkan, rasa takut nak ngandung lagi sebab ada fibroid masa kandungan 8 bulan. Tu yang terpaksa lahirkan Memey juga. Lagi pun pendarahan sangat teruk. Takut tapi macam nak juga, macam mana?" Luah Nora Danish, 37 pada Majalah Nona. Baginya keinginan menambah anak sentiasa ada, lagilah anak bongsunya sudah menjangkau 2 tahun. "Itulah orang tua kata, ibu akan lupa sakit melahirkan bila tengok anak dah besar, rindu nak ada baby balik." Maklumlah, Memey pun dah berusia 2 tahun menyebabkan Nora terasa betapa masa pantas berlalu. "Kalau boleh nak dapat baby girl sebab saya dah ada 3 anak lelaki. Kalau direzekikan, Nora nak sebelum umur 40 tahun." Selain itu, Nora juga sempat berpesan kepada wanita di luar sana untuk membuat rutin pemeriksaan kesihatan memandangkan dia sendiri tidak membuatnya sebelum ini. "Saya sendiri tak buat 'check up' sebab tu tak tahu ada fibroid. Jadi kita tahu kesihatan dalaman macam mana. Kalau ada ketumbuhan, elok buang sebab ia mendorong kepada kanser." Jadi kepada ibu-ibu yang lepas bersalin tu, kena lah tahu juga kesihatan dalaman kita ya. Buat Nora, mesti ramai tak sabar kalau betul-betul mengandung anak perempuan selepas ini kan. - CARI |
mieymiey replied at 3-3-2020 10:48 AM
Nama anak sheols yang bongsu tu dah tukar Memey eh?
Sheols dapat inspirasi dari Memey Normiang kot ...
Nana_Man replied at 3-3-2020 10:51 AM
Dah mcm nama u jgk..
mieymiey replied at 3-3-2020 10:57 AM
Iols 'mimi', bini Normiang tu 'memek'
Untuk tak OT, bukan sebelum ni nama anak ND ni Neyn ...
meow_tompok replied at 3-3-2020 11:06 AM
kalau aku jadik dia dah stop nak berbaby. umur 50 tahun anak sekolah lagik
Nana_Man replied at 3-3-2020 12:24 PM
Pasal dia awet muda.. dan kaya.. umur 50 anak skola lagi pun ok.
meow_tompok replied at 3-3-2020 11:06 AM
kalau aku jadik dia dah stop nak berbaby. umur 50 tahun anak sekolah lagik
dubuk replied at 3-3-2020 11:26 AM
nora macam budak lima belas tahun
meow_tompok replied at 3-3-2020 12:33 PM
bukan soal kaya duit byk dan awet muda. bagi aku umur 50 tahun just rileks, chill2, having fun go ...
Carcosa replied at 3-3-2020 01:39 PM
Ibu2 mesti nak at least anak girl sorang. Jarang sikit ibu2 nak anak lelaki kalau anak girl dah berd ...
ADVERTISEMENT