CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belasah, Ugut Bunuh Kerana Sangka Isteri Curi Duit

2-3-2020 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2714| Komen: 13

Wanita mengalami lebam dan bengkak seluruh badan selepas dibelasah suami baran.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Chendering, Kuala Terengganu kira-kira jam 11 pagi, Khamis lalu.


Kemarahan suspek berusia 40 tahun itu dikatakan berpunca selepas mendapati wangnya hilang.

Dia menuduh isterinya mencuri wang itu, namun dinafikan mangsa berusia 45 tahun terbabit sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka.


Gambar hiasan: HelpGuide.org

Gagal mengawal amarahnya, suspek kemudian menampar dan menumbuk muka serta kepala mangsa hingga wanita itu terjatuh.

Lelaki itu juga bertindak di luar kawalan apabila dia menekap muka mangsa dengan kain dan duduk di atasnya.

Kata sumber, suspek meninggalkan rumah selepas puas membelasah isterinya, namun sempat mengugut mahu membunuh mangsa.

“Mangsa mendakwa suspek sering mengamuk dan merosakkan barangan yang ada di rumah mereka setiap kali berlaku pertengkaran antara mereka.


“Susulan kejadian, mangsa yang mengalami bengkak dan lebam di seluruh anggota badan membuat laporan di Balai Polis Chendering untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos yang mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 2-3-2020 12:35 PM
Menakutkn...apa jantan ni xde cara lain ke selain drpd pukul?stupidos!
Quote jebatmaspunyer 2-3-2020 12:46 PM
Nauzubillahiminzalik aku dijodohkan dengan lelaki yang panas baran & hanya anggap isteri seperti hamba.
Quote weezerfan 2-3-2020 12:50 PM
Mana lagi negeri yg semua jenis kesalahan jenayah dia sapu kalau bukan ganu kiter darul incest
Quote husna_amal 2-3-2020 12:51 PM
Tersalah pilih suami merana seumur hidup
Quote Victorioussss 2-3-2020 01:01 PM
Haih

Kau pukul bini kau pn bln bole ade balik duit tu
Kalau dia ckp tak amik, kau xpercaya means kepercayaan dh xde..so watpe kau jd laki dia lg

If dia ckp xamik, hadam je la dia xamik. Ntah2 kau lupe aritu ade pakai beli pill kuda
Hujung2 bile malam time ujan nnt tau plak nak cuit cuit kuis kuis tongeng tongeng bini kau yang dah bengkak lebam lebam tu

Jantan bodo..elok xmembiak baka ni

Quote prettyuglybabe 2-3-2020 02:09 PM
entah-entah selama ni bini dok tanggung makan minum dia..
Quote saviour_09 2-3-2020 02:10 PM
bakpe mung wak gitu ke bini hor
base natang mung ni ork
nataaannngggggg!!!!
Quote zamnie 2-3-2020 02:11 PM
kesiannye la bini dia tuh kan... dpt laki mcm syaitonnnn
Quote Knowlee 2-3-2020 04:10 PM
Bangsat. Lelaki yg pukul perempuan adalah lelaki paling takde teloq
Quote cupu 2-3-2020 04:56 PM
Bahana merajakan anak lelaki sedari kecil..ni masalah org melayu.khususnya negeri terengganu dan kelantan.
Quote nono86 2-3-2020 06:11 PM
Sedihnya dapat laki macam ni..
Quote Genkidesuka 3-3-2020 12:36 AM
semoga Allah menyembuhkan si isteri.  semoga Allah memberikan taufiq kpd si suami utk menundukkan nafsu amarahnya.
Quote dua_chzy 3-3-2020 12:39 AM
Genkidesuka replied at 3-3-2020 12:36 AM
semoga Allah menyembuhkan si isteri.  semoga Allah memberikan taufiq kpd si suami utk menundukkan na ...

Akak suka doa chuol. Amin.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.034672 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top