CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Berat Hati Duduk Bersama Pemimpian Rasuah" - Dr Maszlee Jawab Pengkritik

2-3-2020 11:17 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 9212| Komen: 67

Kredit foto: Twitter Dr Maszlee


Pembentukan kerajaan baru turut memberi tempias kepada bekas menteri pelajaran, Dr Maszlee Malik yang turut dikritik ekoran pendiriannya dilihat tidak jelas kerana berada di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah turut serta ke Istana Negara bersama mereka.

Beliau menjawab kritikan tersebut menerusi tw!tter peribadinya.

Kredit foto: Twitter Dr Maszlee

Menurutnya ramai antara mereka (pemimpin Umno dan Pas) yang terlibat dengan kes rasuah dan penyelewengan.

"Ada di antara mereka yang masih diselaputi isu-isu rasuah dan penyelewengan termasuk di Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri, yang dahulunya puas saya berusaha membersihkan bekas-bekas yang mereka tinggalkan.


Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah saya bersedia untuk menerima semula mereka?

Lalu menjadikan mereka pemimpin negara semula setelah mereka ditolak oleh rakyat dan ada di antara mereka yang sedang menghadapi proses pengadilan?"

Kredit foto: Twitter Dr Maszlee

Beliau kemudiannya dihubungi keluarga, rakan-rakan dan para pengundi yang meminta jangan khianat pada mereka dan akhirnya beliau memilih meninggalkan kumpulan Muhyiddin.

"Keputusan ini adalah muktamad, kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan politik," katanya lagi.

Kredit foto: Twitter Dr Maszlee

Akhirnya semua telah selesai, Muhyiddin dipilih selaku perdana menteri kelapan selepas diberikan mandat oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).

Adalah diharapkan Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk akan memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah, misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka.  - CARI 


3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 2-3-2020 11:37 AM
Semoga maju jaya yb maszlee
Quote apalancut 2-3-2020 11:47 AM
Sebenarnya, kau pon meluat dgn DAP kan? Kan?
Quote billionman78 2-3-2020 11:47 AM
all the best la waibi. nak cakap masa awak kat ph dulu pun ramai aje pemimpin ph yang terlibat dengan skandal serta penyelewengan.
Quote aiva 2-3-2020 11:47 AM
tak payah nak dolak dalik
tak mahu cakap tak mahu
nak suruh orang merayu laa tu cikai
Quote seri_mawr 2-3-2020 11:50 AM
satu pemimpin rasuah.....satu pemimpin yang x menyokong langsung Islam....x hormat langsung hak org melayu...

mana nak pilih..??

Quote relaxjek 2-3-2020 11:52 AM
Pilih yg mana lagi berat hati laa yb.. Duduk dgn dap lagi berat hati x?..bagus yb komen ttg dap dan pkr kalau yb rasa depa baguih join depa laa..
Quote amyza82 2-3-2020 11:55 AM
seri_mawr replied at 2-3-2020 11:50 AM
satu pemimpin rasuah.....satu pemimpin yang x menyokong langsung Islam....x hormat langsung hak org  ...

bersih sgt ke guan eng tu, dapat kuasa terus kes bunglo, terowong lesapppp.. bermaruah betul
belah sana 1 mudarat, belah hancing 2 mudarat, so mana nak pilih ?.

sebenarnye ketot tak dapat jawatan kat mn , tu yang uturn kat tun balik, dgn harapan dpt balik post dia




Quote Khadeeja07 2-3-2020 11:55 AM
Takpelah YB...dah tau depa2 semua gitu. dua2 sama. elak2 kanlah berada dikalangan mereka.
ramai students university menanti ilmu YB..
Quote monreyes 2-3-2020 11:56 AM
ramai je yg tunggu peluang nak naik....
jgn lps tu kau nanges kat bucu katil..
Quote kucingitam 2-3-2020 12:00 PM
takpe YB..

YB bagus dalam menerajui Kementerian Pendidikan..

Tapi politik ni terlalu busuk utk org baik macam YB ni..
Quote watie79 2-3-2020 12:01 PM
kata alim ulama, kalau tak mampu menegakkan islam jangan pula kita berdiri bersama mereka. Itu sahaja pesanan saya.
Quote sqlite3 2-3-2020 12:04 PM
masa duduk dengan guan eng dulu tak rasa berat pulak.
Quote pokaibanktokyo 2-3-2020 12:05 PM
amyza82 replied at 2-3-2020 03:55 AM
bersih sgt ke guan eng tu, dapat kuasa terus kes bunglo, terowong lesapppp.. bermaruah betul
b ...

Aahahahaaa...
Quote pokaibanktokyo 2-3-2020 12:05 PM
Harap tak akan ada rusuhan kalau Muhyiddin kalah undi tak percaya. Andai terjadi rusuhan YDPA akan isytihar darurat
Quote paz 2-3-2020 12:09 PM
Paz rasa tak semua orang tu mengamalkan rasuah. Kalau seorang pemimpin yang betul-betul nak membawa perubahan pada Malaysia. Kena kikiskan jua sikap judgmental tu. Kalau nampak dan ada bukti yang beri rasuah laporkan.

Quote Orix 2-3-2020 12:12 PM
Exactly kenapa iols x setuju lgsg bersatu nk ally dgan umno. yiiihhhhh
Quote yayasbs 2-3-2020 12:12 PM
yaibi antara prinsip Yaibi dgn prinsip Allah mana lagi perlu diutamakan?mmg salah perasuah tu so biala mahkamah yg buat keputusan..ni Deee aaa peie ni brapa banyak mrk skitkan hati umat Islam?start dgn ICERD, statut ROM, bendera terbalik, jawi, LGBT, LTTE, mana suara yaibi?Prinsip Allah dlm Quran jelas Yaibi, jgn bersekongkol dgn kapir n jangan angkat mereka jdi pemimpin yaibi..mereka kena dipandu oleh kita bukan kita memandu mereka
Quote yayasbs 2-3-2020 12:14 PM
aku silap pulak, bukan mereka memandu kita
Quote akuMNdia 2-3-2020 12:14 PM
mcm la  dalam PH tu semua suci murni..

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.088292 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top