CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Bekas Menteri PH Dipercayai Pernah Berdiri Dekat Pesakit Covid-19

2-3-2020 11:26 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5932| Komen: 27|Original author: Tukang Tulis

Gambar hiasan. Kredit foto: Facebook Kementerian Kesihatan

Dua bekas menteri Kabinet kerajaan terdahulu di bawah Pakatan Harapan (PH) dipercayai pernah berada dalam majlis yang turut dihadiri kakitangan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang positif Covid-19.

Memetik laporan Malaysiakini, berdasarkan bukti bergambar pada 27 Februari, pesakit yang merupakan pegawai kanan Khazanah dan ketua sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilihat berdiri pada jarak beberapa kaki daripada bekas menteri dan timbalan menteri itu.

Majlis tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada kedua-dua pemimpin terbabit yang meninggalkan kementerian setelah kerajaan PH terbubar.

"Malaysiakini telah menghubungi kedua-duanya. Seorang enggan mengulas perkara itu, manakala seorang lagi belum memberi maklum balas.


"Malaysiakini difahamkan yang sekurang-kurangnya seorang daripada mereka kini mengasingkan dirinya (self-quarantine) dan akan membuat pemeriksaan dalam masa terdekat," jelas portal berkenaan.

Kredit foto: Facebook Kementerian Kesihatan
Kedua-dua bekas menteri Kabinet itu dikatakan telah berhubung dengan ahli-ahli Parlimen dalam beberapa pertemuan yang berlangsung sepanjang krisis politik yang berlaku minggu lalu.

Salah seorang daripada mereka menyertai pakatan kerajaan yang baharu manakala seorang lagi kekal bersama PH.

Kabinet kerajaan terdahulu di bawah PH (gambar hiasan). Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun, Malaysiakini menyatakan, belum ada bukti bahawa dua pemimpin itu dijangkiti Covid-19 setakat ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Khazanah mengesahkan salah seorang kakitangannya dijangkiti wabak Covid-19 dan usaha sedang dijalankan untuk mengesan kontak rapat pesakit berkenaan.

Kakitangan terbabit pernah ke Shanghai pada pertengahan Januari lalu dan sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan.

Harap semua individu yang pernah menghadiri majlis itu dikuarantin dan diperiksa bagi mengesan sekiranya mereka juga dijangkiti Covid-19. - CARI

2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 2-3-2020 11:34 AM
Siapalah yang dimaksudkan tu?
Quote JohnnyLever 2-3-2020 11:37 AM
Edited by JohnnyLever at 2-3-2020 11:43 AM

tak berani nak teka takut kena tangkap berita tidak benar pulak
Quote sarah82 2-3-2020 11:38 AM
Karang kami kena ugut fake news pulak.
Quote Dunhill. 2-3-2020 11:42 AM
JohnnyLever replied at 2-3-2020 11:37 AM
tak berani nak teka takut kena tangka berita tidak benar pulak

page TTKM pun dah turunkan berita ni dari newsfeed mereka...

seram oooo kalau betul
Quote JohnnyLever 2-3-2020 11:43 AM
Dunhill. replied at 2-3-2020 11:42 AM
page TTKM pun dah turunkan berita ni dari newsfeed mereka...

seram oooo kalau betul

sebab khazanah ini kita faham siapa menteri yang jaga, nak sebut nanti takut dituduh memfitnah pulak, kita menghormati undang2, tapi kita mendoakan kesihatan mereka.
Quote Dunhill. 2-3-2020 11:48 AM
JohnnyLever replied at 2-3-2020 11:43 AM
sebab khazanah ini kita faham siapa menteri yang jaga, nak sebut nanti takut dituduh memfitnah pul ...

hanya SR aja yg berani keluarkan report, page lain dah padamkan dari newsfeed.. telur dah masuk balik dlm karung walhal hari2 dok meratib bangnon bangnon
Quote JohnnyLever 2-3-2020 11:52 AM
sarah82 replied at 2-3-2020 11:38 AM
Karang kami kena ugut fake news pulak.

@SKMM  
Quote sarah82 2-3-2020 11:54 AM
Edited by sarah82 at 2-3-2020 12:12 PM
JohnnyLever replied at 2-3-2020 11:52 AM
@SKMM


Khazanah under Menteri Kewangan meh?  Woww..

SKMM tu pi mana dah? Meroyan report nak buat ke SKMM byk sangt kot.
Quote R2D2 2-3-2020 11:55 AM
#kualalumpur “Tidak ada isu, saya sihat.” Itu reaksi diberikan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen susulan tular di media sosial mengenai kononnya beliau dipanggil untuk menjalani pemeriksaan Covid-19.
Quote suriamir 2-3-2020 12:00 PM
Siapa??
Quote EJALTI 2-3-2020 12:02 PM
Suspen nya....seriau...
Quote Ladybird910 2-3-2020 12:03 PM
Dunhill. replied at 2-3-2020 11:48 AM
hanya SR aja yg berani keluarkan report, page lain dah padamkan dari newsfeed.. telur dah masuk ba ...

SR siapa? Suara rakyat ke..

Lama xnmpk SR posting apa2 lps PH naik
Quote JohnnyLever 2-3-2020 12:08 PM
sarah82 replied at 2-3-2020 11:54 AM
Khazanah under Menteri Kewangan meh? Or Azmin Ali? Woww..

SKMM tu pi mana dah? Meroyan report  ...

jangan sebut nama!
Quote sarah82 2-3-2020 12:10 PM
JohnnyLever replied at 2-3-2020 12:08 PM
jangan sebut nama!

Aduuhhh.. Mcm mana ni.. Mcm mana ni.  Aku dah sebut namaaa.. Huwaaa.. Kena panik berjemaah ni
Quote JohnnyLever 2-3-2020 12:11 PM
sarah82 replied at 2-3-2020 12:10 PM
Aduuhhh.. Mcm mana ni.. Mcm mana ni.  Aku dah sebut namaaa.. Huwaaa.. Kena panik berjemaah ni

jangan GALAU, tekan butang edit dan sunting dengan segera.
Quote sarah82 2-3-2020 12:11 PM
JohnnyLever replied at 2-3-2020 12:11 PM
jangan GALAU, tekan butang edit dan sunting dengan segera.

Baikk.. Sepantas kilat
Quote alzan 2-3-2020 12:18 PM
jilake tul ingtkn msk sini boleh tau la nama si pelaku tu....
haram tak jumpe
Quote harizs 2-3-2020 12:21 PM
tu la...  dulu PAN kata denggi lagi bahaya dari COVID
Quote tapirbiru 2-3-2020 12:27 PM
muhyiddin kan... x lama la tu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.063589 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top