CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pengurusan Jenazah Kucing, Kenapa Nak Kebumi Bangkai Sama Macam Manusia?

2-3-2020 09:05 AM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 8974| Komen: 25|Original author: Oleh: green_lantern





Di sebalik kekalutan drama politik, tiba-tiba muncul poster menerangkan mengenai pengurusan jenazah kucing. 

Poster yang diterbitkan laman web Gempak itu menyenaraikan 6 langkah menguruskan kucing yang telah mati. Hal ini menimbulkan perdebatan di laman media sosial.


Kredit foto: Twitter


Ianya menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan warganet dan ada yang menganggap ianya adalah ilmu baru.


Bagi mereka yang membela kucing pula, ianya bukan cara-cara pengurusan jenazah haiwan, kerana kucing itu bukanlah di panggil mayat, tetapi digelar bangkai apabila mati. Jadi, langkah tersebut bukanlah wajib di dalam menguruskan bangkai kucing tetapi ia lebih kepada menunjukkan rasa sayang kepada haiwan kesayangan mereka.

Google

Bagaimanapun, ianya mendapat tentangan daripada pihak yang tidak bersetuju dengan amalan sebegini. Lebih berbahaya kerana ianya akan menjadi ikutan bagi mereka yang mudah terikut-ikut.



Tweet ini berterusan hingga ada yang membuat parodi mengenai pembahagian harta kucing pula.


Kredit foto: Twitter

Macam-macam sungguh fahaman yang dibawa sekarang yang ditularkan di media sosial hingga menyebabkan ramai percaya tanpa memeriksa asal-usulnya. 

Jadi, diharapkan setiap pihak memainkan peranan untuk kemaslahatan masyarakat. Jangan pula menyampaikan berita yang tidak tentu kebenarannya. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 2-3-2020 09:09 AM
Iols ade 4 ekor kucing. Semua comel
Harao dorg dah jmpe lawyer untuk wasiatin sangkar dan tmpt makan dorg kat iols

Kalau x nnt jenuh la nak faraid berebut2 makan tahun
Quote sarah82 2-3-2020 09:24 AM
Oyen kucing aku hilang.. Dah hampir seminggu x balik. Dah la gebu..
Quote zehra2 2-3-2020 09:26 AM
Kalau mati kerana sakit parvo.. mmg kena uruskan bersih2.. tgn kita tu boleh transferkn virus parvo pd kucing2 lain pulak.
Tk kn kucing mati.. kita campak dlm tong sampah.
Bungkus dlm kertas.. tanam dlm skit.. tindih la dgn batu ke.. pasu ke.. supaya tkde yg korek2.
Quote puteribaya 2-3-2020 09:33 AM
sarah82 replied at 2-3-2020 09:24 AM
Oyen kucing aku hilang.. Dah hampir seminggu x balik. Dah la gebu..

i hilang kucing tahun 2017, sampai ari ni bila ingat dia ,,I nangis, Oren gak kaler dia..i jumpa dia dalam longkang besar, kurus tinggal tulang...dah bela setahun,,gebu bulat.I pecaya org curi dia..sebab dia memang gemuk,gebu,obese, x larat lari..
Quote sarah82 2-3-2020 09:34 AM
puteribaya replied at 2-3-2020 09:33 AM
i hilang kucing tahun 2017, sampai ari ni bila ingat dia ,,I nangis, Oren gak kaler dia..i jumpa d ...

Huhu.. Betul.. Oyen iols jumpa kat tepi kedai...dah siap vaksin..gebu bulu dia.. Mmg cantik la... Ni rasanya org ambik
Quote NekNgah 2-3-2020 09:36 AM
Ngah mampu sengih aje.  Bela berekor-ekor kucing, bila mati ambil cangkul, tanam.

Jangan mulakan sesuatu yang tiada nas, nanti jadi kebiasaan, lepas tu jadi wajib pulak. Tepuk dahi.

Tapi Ngah percaya ni troll aje, buat gelak-gelak.  Penat wei layan politaik Malaysia sekarang ni.
Quote Pixiedust 2-3-2020 09:59 AM
Terpulang la org tu nak buat ke tidak sbb ada org rasa kucing ni dah mcm sebahagian dari keluarga dia. Ni kira last respect la utk meow2 tersayang..
Quote manehnya 2-3-2020 10:03 AM
Bodo gak Ni... X p skolah kafa

Binatang Mana sama ngan manusia dik
Quote bakingsoda 2-3-2020 10:33 AM
tapi kalau bawa balik dari vet dah siap kapan, tinggal nk tanam je. kalau yg mati kat rumah aku tanam mcm tu je atau lapik suratkhabar
Quote husna_amal 2-3-2020 10:37 AM
Sumber dari budak twitter ni mana boleh pakai. Bangkai kucing ni cukup kita tanam dan jangan biarkan bangkai tu terbiar begitu saja.
Quote annehuda 2-3-2020 10:42 AM
ngape tanam ngan kain? kain kan susah reput. cukup la alas dgn paper je
Quote CatMiow 2-3-2020 10:46 AM
annehuda replied at 2-3-2020 10:42 AM
ngape tanam ngan kain? kain kan susah reput. cukup la alas dgn paper je

Tak terfikir pun pasal snnng reput atau tak..

Selalu samada tanam gitu shja atau guna kain/kertas, mana yg last jadi alas (kalau mati sebab sakit)
Quote Kurex 2-3-2020 10:47 AM
tanam je la... btw, sayang gila dekat Joyah
Quote salmon-suki 2-3-2020 10:51 AM
Zmn kecik2 dulu tingat plak penah laa baca al-Fatihah utk miaw y dah mati and kebumi..{:smile

Bila dah besar ni,rasa lawak plak bila teringat..{:smile
Rasanya y tu maybe melawak je kot..cuma boleh timbulkan kekeliruan..y psl harta miaw tu lagi laa..illogical kot..guna akal je pk..{:run
Quote MissVixen 2-3-2020 11:02 AM
Selalu aku tanam je. Dalam2 sikit.
Quote NazRysha 2-3-2020 11:10 AM
sedihnya teringat kucing aku nama milo
balik kg raya, tinggalkan dekat hotel kucing
sekali balik cuti nak ambil, kucing aku dah mati
dia frozenkan
sebab contact aku tak dapat sbb line xdak
Quote puteribaya 2-3-2020 11:43 AM
sarah82 replied at 2-3-2020 09:34 AM
Huhu.. Betul.. Oyen iols jumpa kat tepi kedai...dah siap vaksin..gebu bulu dia.. Mmg cantik la...  ...

tu laa..pecaya atau tak..sekarang ni byk je kucing ilang,,yg gebu dan terjaga laa..boleh jual..yg kucing kurap tu sapa pun x mo,,padahal kalu jaga beebtul boleh je jd comei
Quote sarah82 2-3-2020 11:45 AM
puteribaya replied at 2-3-2020 11:43 AM
tu laa..pecaya atau tak..sekarang ni byk je kucing ilang,,yg gebu dan terjaga laa..boleh jual..yg  ...

Betul... Dah la oyen tu kwn kat rumah.. Peneman kat dapur mlm2
Quote lwyl 2-3-2020 12:09 PM
Kucing saya mati. Saya bersihkan badan dia, balut dengan kain yang cantik. Gali tanah, tanam di laman rumah dan tabur dengan bunga.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.049853 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top