Sudah lebih seminggu pelakon Ashraf Sinclair telah pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Siapa sangka dia usia yang masih muda, lelaki itu akan meninggal kerana serangan sakit jantung semasa tidurnya.
Umum pasti mengetahui bahawa pelakon yang berasal daripada Malaysia itu telah berkahwin dengan Bunga Citra Lestari iaitu seorang selebriti popular di negara seberang. Hasil penyatuan cinta mereka itu telah diikat rapi dengan kehadiran seorang anak tunggal lelaki bernama Noah. Baru sahaja kehilangan suami tercinta tetapi BCL tetap tabah meneruskan kehidupannya seperti biasa. Kelmarin wanita itu telah muncul melakukan persembahan di hadapan khalayak ramai buat pertama kali sejak kematian Ashraf. Meskipun cuba tampil tabah pada awalnya tetapi penyanyi tidak mampu menyorokkan rasa sedihnya semasa mendendangkan sebuah lagu sedih. Namun dia berjaya menamatkan persembahannya dengan profesional sekali sehingga menerima pujian ramai. Walaubagaimanapun, ada pula suara sumbang yang mempersoalkan BCL yang begitu cepat keluar daripada rumah untuk bekerja walhal dia masih lagi berada dalam tempoh iddah. Pun begitu, ramai netizen lain yang datang 'back up' dan jelaskan bahawa BCL dibolehkan untuk keluar rumah kerana atas urusan kerja. Mereka juga menjelaskan bahawa penyanyi itu berpakaian gelap dan tidak bersolek sangat bagi menghormati status barunya sebagai seorang balu. |
Minami2013 replied at 1-3-2020 08:47 AM
Berapa byk thread dah pasal ni. As usual wartawan cari la yg buka plg last sekali padalah thread for ...
RatuDunia94 replied at 1-3-2020 03:46 AM
Kan iols dh ckp industri hiburan kat Indon x sama dgn malaysia dik. Kat sini ko nk beriddah setahun ...
Minami2013 replied at 1-3-2020 08:47 AM
Berapa byk thread dah pasal ni. As usual wartawan cari la yg buka plg last sekali padalah thread for ...
ADVERTISEMENT