Mencemaskan apabila anak kedua Fad Bocey, Favian Adrazin Zayyan telah cedera di gusinya apabila tertusuk besi alat kawalan jauh ketika tengah bermain di dalam rumah.
Foto: Instagram Zayyan baru sahaja selamat menjalani pembedahan kira-kira pukul 1.30 pagi tadi untuk keluarkan besi yang tersangkut di celah gigi. "Dugaan buat kami. Habis anak suka gigit barang mainan. Kali ini tersilap gigit remote control kereta. "Besi lah nak ngilu mommy menggeletar badan ini," "Alhamdulillah semuanya selamat. Pada pukul 1.30 pagi semalam masuk dewan bedah dan dibius sepenuhnya. Syahira berkata kejadian itu adalah yang paling ngeri sepanjang bergelar ibu. Semoga Zayyan cepat sembuh dan ibu bapa jangan biasakan lagi anak-anak mereka mengigit barang di rumah. - CARI |
ADVERTISEMENT