CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Hampir 100 Ketul Ketumbuhan Fibroid Patut Buang Rahim, Tapi..." - Tindakan Pakar Sakit Puan Dipuji

28-2-2020 12:24 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 8673| Komen: 22

Ramai wanita tidak tahu mereka ada fibroid. Fibroid dalam rahim juga dikenali sebagai leiomyoma atau myoma adalah ketumbuhan benigna (bukan kanser) yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita. 

Saiz dan bentuk ketulan fibroid ini juga tidak sama dan boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim atau antara lapisan rahim atau melekat pada rahim seperti struktur akar.

Fibroid ini boleh tumbuh satu ketulan sahaja atau lebih banyak ketulan pelbagai saiz. Satu ketulan fibroid yang kecil ini juga boleh kekal sedemikian sehingga tempoh yang lama, namun ia boleh membesar dengan pantas secara tiba-tiba atau membesar perlahan-lahan dalam tempoh bertahun-tahun.

Perkara ini dikongsikan oleh pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat menerusi hantaran F@cebooknya.






Hantaran ini mendapat pujian warga maya kerana doktor ini bertindak menyelamatkan rahimnya dari dibuang terus kerana pesakit belum mempunyai anak.


Kredit Foto - Facebook Dr Hamid Arshat

Kebanyakan wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai fibroid kerana tidak mengalami simptom penyakit hinggalah membuat pemeriksaan klinikal dan doktor mengesahkan di dalam rahim mereka ada ketulan itu.

Tiada siapa pasti punca sebenar fibroid, tetapi pakar berpendapat ia mempunyai banyak kaitan dengan faktor genetik, hormon, dan persekitaran. Malangnya, tiada cara yang diketahui untuk mencegah fibroid daripada bertambah atau berulang.

Tetapi perubahan dalam cara permakanan boleh mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat penyakit tersebut.- CARI 
3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missDollie 28-2-2020 01:32 PM
Allahu.. Iols tengok doktor pimple pooper banyak kes fibroid gini siap berketul2 nampak dekat kulit. Ini dekat rahim ye. Semoga cepat sembuh sis. Iols doakan you peroleh rezeki anak lepas ni.
Quote ctcheery 28-2-2020 01:43 PM
Allah ..seriyaunya {:yameteh
Quote noor2 28-2-2020 01:53 PM
Apa tanda2 fibroid ni....
Quote noor2 28-2-2020 02:03 PM
Oh...jumpa juga hasil gugel...

Tanda2 fibroid dan cyst:
1.Gangguan haid
2.Keputihan
3.Masalah ketidaksuburan /mandul
4.Sakit ketika melakukan seks
5.Perut kembung/kembang
6.Angin keluar dari vagina (kentut vagina)
7. Rasa gatal dan bau vagina yg kurang enak
8. Terbuang air kecil ketika batuk berlari dan melompat.
9. Kerap letih dan lesu.
10. Sakit kaki dan tumit
11. Kesejukan kaki dan tangan
12.kejang otot di bawah betis (simpul mengkarung)
13.kerap keguguran ..

ni hasil google. ...

Quote Mz1271 28-2-2020 02:43 PM
dlu pun penah minor operate dgn doc ni buang cyst, doc ni mmg lembut orgnya... dari air muka doc ni dia mmg sgt ikhlas bantu pesakit yg ssh mengandung....
tp nk q appointment dgn dia tersgt laa azabbb...
Quote whadda 28-2-2020 03:15 PM
Allahu banyaknye fibroid dia.. moga dipermudahkan mengandung la lepas buang fibroid ni
Quote husna_amal 28-2-2020 03:33 PM
Sebaiknya kalau sukar hamil baik jumpa dokter pakar. Mana tahu fibroid, cyst atau lain2 jadi punca.
Quote Cassieopeia 28-2-2020 04:54 PM
noor2 replied at 28-2-2020 02:03 PM
Oh...jumpa juga hasil gugel...

Tanda2 fibroid dan cyst:

tq info. ada baca dulu kalau ambil banyak produk kolegen pun berisiko kene ni atau apa2 ubat yang merangsang hormon. takutnya la
Quote grizz 28-2-2020 05:45 PM
noor2 replied at 28-2-2020 02:03 PM
Oh...jumpa juga hasil gugel...

Tanda2 fibroid dan cyst:

uii..cm byk je tanda2 tu kt aku..
Quote noor2 28-2-2020 06:13 PM
grizz replied at 28-2-2020 05:45 PM
uii..cm byk je tanda2 tu kt aku..

Pi la check doktor. ..
Quote noor2 28-2-2020 06:14 PM
Cassieopeia replied at 28-2-2020 04:54 PM
tq info. ada baca dulu kalau ambil banyak produk kolegen pun berisiko kene ni atau apa2 ubat yang  ...

Jgn ambil produk yg belum tahu sumbernya. ..
Quote Victorioussss 28-2-2020 07:52 PM
Jaga diri korang girls..susah jadi girls ni bnyk benda kene jaga
Quote jue10 29-2-2020 01:09 PM
Allahu... Semoga puan tu dpt rezeki anak lepas ni. Seram.
Quote Siggjarang 29-2-2020 01:22 PM
Allah...takutnya..
Quote MsKathryn 29-2-2020 04:34 PM
Takutnya
Quote grizz 2-3-2020 05:20 PM

rsnye cm penah g check tp doc kte xde pape..kne g cek skali lg ni..
Quote cikatilia 3-3-2020 12:02 PM
aku ada fibroid cyst endometriosis

so i feel her
Quote biozipstar 10-4-2020 03:44 PM
kakak aku fibroid ,, tapi haram sampai ke sudah xmo operate.. dah pujuk2 pun x mo pergi. mak aku cakap, tunggu mati ke baru nyesal pun totap x pergi. haih
Quote orgsepang 10-4-2020 08:34 PM
Kalau dah buang dia akan tumbuh semula tak? Risau juga ni.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.044284 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top