Keganasan rumah tangga banyak didiamkan kerana pelbagai faktor. Antaranya kerana kasih sayang pada pasangan dan anak-anak. Namun, persoalannya sampai bila harus bertahan? Kemelut isteri yang juga suri rumah ini dikongsikan di FB ini meruntun hati ramai warganet termasuklah golongan BBNU. Ditampar, diterajang adalah mainan biasa isteri membuatkan ramai tertanya-tanya memang inikah asam garam perkahwinan? Perangai suami yang panas baran bukan sahaja terhadap isteri yang sedang mengandung 6 bulan, malahan menumbuk anak berusia 2 tahun kerana menganggu tidurnya dianggap tidak bermoral. Sudahlah tidak mententeramkan situasi genting, ditambah lagi mencurah minyak panas membakar lagi perasaan isteri dan mereka yang membacanya. Walaupun setelah dipujuk serta janji untuk tidak melakukan lagi, isteri ini berasa tawar hati tetapi tersepit kerana bergelar suri rumah. Rata-rata warganet mahu si isteri sedar yang itu bukan sekadar gaduh suami isteri tetapi sudah sampai tahap keganasan rumah tangga. Untuk apa setia jika itu hanya menyeksakan. Masih mahu didera? Agak sukar mahu menasihati jika si isteri masih trauma dan tidak yakin berdikari. Namun, kita boleh memainkan peranan untuk menyedarkan wanita lain dalam kempen berterusan. Semoga isteri yang tertindas ini mendapat pengadilan sewajarnya. - CARI |
Kurex replied at 28-2-2020 11:22 AM
kalau cerita petikan twitter atau fb aku masukkan dalam kategori hasanah
shark_eow7 replied at 28-2-2020 11:31 AM
time yg baran sampai tak sedar diri tu yg susah jenis org mcm ni..
puteribaya replied at 28-2-2020 11:45 AM
nanti bila terbunuh..lepas hukum sbb di diagnos..mental..mental aku baca ni..kalu ngan bini..tahan ...
shark_eow7 replied at 28-2-2020 12:20 PM
sungguh la pon.. anak xtau apa2 lagi kau dah debik.. kalau aku tak tunggu dah nak tido bilik sebel ...
RumiMenari replied at 28-2-2020 11:52 AM
"Saya rasa nak tinggalkan dia tapi kesian kat anak2 nanti"..... Eh bukan anak2 pun ditampar ke..
...
shark_eow7 replied at 28-2-2020 12:20 PM
sungguh la pon.. anak xtau apa2 lagi kau dah debik.. kalau aku tak tunggu dah nak tido bilik sebel ...
ADVERTISEMENT