Umum pasti sudah maklum sekarang ini ramai Pengamal media hari ini berkumpul di hadapan laluan pintu utama Istana Negara di sini bagi membuat liputan mengenai kemelut penubuhan kerajaan baru.
Sehingga semalam ia masih lagi belum selesai dan semua media terus berkampung di beberapa tempat tumpuan bagi mendapatkan perkembangan terkini proses peralihan ini. Dalam pada media terus mendapat pelbagai bantuan dari pelbagai pihak, ada pula Youtuber turut mengambil kesempatan muncul di situ dengan tujuan untuk memberi RM10, 000 dalam bentuk wang kertas RM1 kepada setiap wartawan di situ. "Semalam Agong beri McDonalds, hari ini KFC, jadi hari ketiga Isa Isarb nak habiskan RM10,000 (dalam bentuk RM1) depan istana," Sebaik saja tiba di Istana Negara, Isa dan rakan-rakannya telah mengedarkan RM1 tersebut kepada orang awam termasuklah golongan wartawan, jurugambar dan jurukamera yang bertugas di perkarangan istana tersebut. Namun belum sempat selesai mengedarkan wang tersebut, Isa dan rakan-rakan dihalau pihak berkuasa yang curiga dengan tindak tanduk mereka. Walaupun Youtuber ini ada menjelaskan yang perkara yang dia lakukan tu sekadar for fun namun pihak berkuasa bertegas mahu mereka meninggalkan kawasan berkenaan. Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memang tak setuju langsung dengan apa yang dilakukan Youtuber tersebut kerana apa yang dilakukannya ini dianggap sebagai satu cara untuk mengumpul views dan subscribers tanpa memikirkan undang-undang dan keselamatan langsung. |
ADVERTISEMENT