Siti Sarah pun tak ketinggalan meluangkan masa lebih dua jam melihat rakan media yang bertugas di pintu Istana Negara. Penyanyi ini kagum dengan ketabahan mereka yang sanggup berkumpul di bawah pans terik. "Saya tabik dengan semangat kerja yang ditunjukkan rakan-rakan media yang komited serta tidak berganjak di kawasan tugasan.
"Jujurnya, bukan mudah apa yang mereka lalui demi amanah dan tugas yang digalas. Wajar kita menghargai mereka," katanya. Sarah juga turut membawa minuman Bubble Bee dan Stik Madu untuk diedarkan kepada rakan-rakan media, orang ramai dan anggota keselamatan.
Bukan itu sahaja, isteri kepada Shuib ini juga teruja melihat senditi ketibaan Perdana Menteri Interim Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba memasuki Istana Negara. "Saya sendiri yang memang mahu turun dan lihat sendiri situasi yang dilalui oleh rakan media yang memang rakan-rakan saya sendiri. "Bagi saya hari ini saya belajar sesuatu yang baharu dan saya mendoakan kita semua terus hidup aman dan damai sentiasa," tambahnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|