Makin murah rezeki petugas media yang menjalankan tugas di pintu Istana Negara susulan masalah politik negara. Selepas mendapat bantuan dari segi bentuk makanan kurniaan Agong dan pelbagai barangan lain daripada pelbagai pihak, hari ini Tun Dr Siti Hasmah turut memberi perhatian kepada mereka.
Memetik laporan ProjekMM, Dr Siti Hasmah yang menaiki kenderaan rasmi, berhenti seketika di hadapan kumpulan wartawan yang berkumpul itu sebelum menghulurkan sebakul coklat Kitkat. “Ambil...mari ambil,” katanya sambil menghulur coklat itu. Sejak beberapa hari lalu, petugas media mendapat perhatian ramai pihak yang peka tugas mereka sehingga perlu berkampung di hadapan pagar Istana Negara.
Malah, ada pihak wartawan semalam yang mendedahkan ada pula yang sanggup menyamar menjadi wartawan dan mengeruhkan keadaaan di sana. - CARI
|
sarah82 replied at 27-2-2020 08:43 PM
Nanti negara luar pun ikut la tu..
RumiMenari replied at 27-2-2020 08:59 PM
Eh tak la.. nnt negara luar kata, kita yg ikut diorg yg dah lama praktikkan hahaha
margo20 replied at 27-2-2020 05:13 PM
Takde lg yang nk bg duit ke? 50 ke 100 ke ok gak
MissMamamia75 replied at 27-2-2020 09:15 PM
Ada..youtuber bawak RM10K..tp kena halau
https://amazingnara.com/youtuber-agihkan-wang-tunai-rm ...
ADVERTISEMENT