"Tiada siapa pun bertahan muda, malah saya pun makin tua." Penyanyi lagu Bintang Hati, Amy Mastura antara artis yang tetap awet muda. Wajah dan bentuk badannya tetap sama seperti 20 tahun yang lalu. Walaupun diasak pelbagai pertanyaan sebelum ini, termasuklah soalan 'cucuk botox' Amy tetap tersenyum. Namun, akhirnya dia tampil berkongsi amalannya untuk kekal muda kepada Astro Gempak.
Rahsianya mudah, tidak kira tua atau muda, segala amalan harian itu seharusnya dilakukan secara bersederhana. "Kalau makan tu jangan banyak, sama juga bersenam janganlah keterlaluan. Senang cerita, kehidupan tu biar bersederhana." Seloroh Amy, dia juga ada mengamalkan rawatan wajah tetapi tidaklah hingga melakukan pembedahan kosmetik. "Selalu saya buat facial muka. Ada jugalah yang sponsor saya pergi buat rawatan tapi tidaklah selalu,” “Malah, kalau nak cucuk bahan kimia kat muka pun biar berpada-pada. Macam saya tak ada siapa pun nak ajar saya suntik-suntik ni,” Jadi, maknanya kita yang belum umur 40an ni perlu mengamalkan semuanya besederhana ya, baru lah awet muda macam Amy Mastura. - CARI |
MadameOnion: comey je kak amy..senior aku masa sekolah..sekarang nampak mcm aku pulak senior dia hahaha
ADVERTISEMENT