Niatnya nak kongsi kegembiraan, tak sangka pula ianya menjadi mimpi negeri buat Eyra Hazali sebab dikecam netizen. Aktres ini mengumumkan kehamilannya melalui Instagram namun terkejut sebab ada yang mendoakan perkara buruk berlaku pada kandungannya yang kini memasuki usia tiga bulan.
"Tujuan umum kehamilan kerana mahu berita gembira ini keluar daripada mulut saya, bukannya orang lain. Tak sangka pula pengumuman ini mendapat maklum balas negatif. "Ada yang tak suka hingga mendoakan perkara tak baik terhadap kandungan. "Kasihan bayi saya, belum lahir lagi sudah menerima kecaman netizen. Tak dinafikan, emosi saya terganggu apabila membaca komen, tetapi saya tak balas. Malas nak layan dan saya biarkan sahaja,"katanya kepada BH Online.
Suami Eyra bertindak menyekat netizen yang biadab. "Dia pantau komen kerana saya sering menjadi mangsa serangan netizen sejak berkahwin," tambahnya. Tabahlah Eyra, tak semua orang suka pada diri kita. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|