Masih gigih lagi pihak media berkampung di pintu Istana Negara meskipun sudah masuk hari ketiga. Semuanya gara-gara menjalankan tugas bagi mendapatkan berita terkini kemelut politik yang berlaku di negara ini.
Antara yang menarik perhatian adalah apabila Agong sendiri berkenan memberikan bantuan dari segi bentuk makan dan minum untuk para petugas ini. Namun, rupanya ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menyamar menjadi pihak media semata-mata mahu mendapat makanan percuma dan juga barangan yang diberikan kepada para petugas.
Seorang wartawan menulis di laman Twitter meminta individu penyamar itu supaya menghormati tugas mereka dan bukannya mengambil kesempatan pada waktu penting ini. "Jika anda tidak ada perkara nak dilakukan, tolong hormati tugas kami, dan juga tanggungjawab kami," kata lelaki bernama Mohd Faizal ini. Para netizen turut berasa marah dengan situasi tersebut. "Dia ingat ada pesta agaknya," kata seorang netizen. Apa pula pendapat anda? - CARI |
ADVERTISEMENT