CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Isteri Dah Reput, Suami Pula Hilang

26-2-2020 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3861| Komen: 6

Mayat wanita dipercayai warga Filipina ditemui sudah reput dan juga berulat dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Arang, Lorong Kijang 1 dekat Tawau malam tadi. 


Mangsa, Maria Abdullah, 23 ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai adalah isteri kepada seorang pekebun di situ. 

Suaminya dikatakan keluar mencari mangsa yang tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu, namun dalam masa sama, lelaki itu kini gagal dikesan. 

Kredit foto: Harian Metro

“Lokasi mayatnya ditemui kira-kira 200 meter dari kawasan penempatan penduduk. Tiada senjata atau objek mencurigakan ditemukan di lokasi.


“Pemeriksaan di kediaman mangsa juga mendapati tiada kesan pergelutan dan keadaan dalam rumah teratur,” kata Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas.

Dalam pada itu, suami mangsa turut gagal dihubungi oleh pihak berkuasa selepas dia dikatakan keluar mencari isterinya pada 22 Februari lalu. 

“Mayat wanita itu sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besar Tawau untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) tetapi polis sedang giat mengesan suami mangsa bagi membantu siasatan,” katanya. - CARI 
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • bukanomi


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epuepy 26-2-2020 06:47 PM
Sian nye.. Ntah laki sendiri pn kena bunuh jgk. Sekian edisi speku
Quote EvieWanKenobi 26-2-2020 07:22 PM
sampai mereput..
Quote Sham143 27-2-2020 01:21 AM
Sama ada suaminya kena bunuh disebabkan dendam atau suaminya yg membunuh.. lps tu buat2 cari isteri nk tutup cerita..pun tk mustahil juga..
Quote kenarikelabu 27-2-2020 09:03 AM
Ni mmg kena la dgn ayat 'mereput lah kau di situ'...
Quote husna_amal 27-2-2020 09:34 AM
Suami mangsa hilang jejak sebab bersembunyi ke apa ni.
Quote shark_eow7 27-2-2020 11:43 AM
muda lagi baru 23 tahun...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.031190 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top