Pelbagai cara dilakukan oleh orang ramai yang mahu mengambil langkah pencegahan terhadap wabak Covid-19. Ini termasuklah dengan memakai topeng muka, malah ada yang sanggup berhabisan membeli tisu tandas.
Namun begitu, ada pula yang melakukan perkara pelik bagi mengelak daripada terkena virus tersebut. Memetik laporan Daily Star, seorang lelaki warga China dari wilayah Fujian yang bernama Li, memakai sut kostum angkawasan bagi mengelak terkena virus berkenaan. "Saya fikir kostum tu menarik dan ia boleh melindungi saya. "Saya juga memakai topeng muka di bahagian dalam. Ia adalah perlindungan berganda," katanya yang membeli kostum itu dengan harga £13 (RM72).
Ada di kalangan orang ramai yang menganggap kostum itu sebagai comel. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
ADVERTISEMENT